Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’

14th October 2019
in Gaya Hidup
“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kebiasaannya, kanser payudara sering dikaitkan dengan golongan wanita sahaja terutama sekali bagi mereka yang bersalin anak pertama semasa umur melebihi 30 tahun ataupun masalah genetik tertentu. Namun, sebenarnya golongan lelaki juga boleh mengalami masalah yang sama tanpa mereka sedari. Seperti perkongsian kisah Mohd Zullaimy juga berpengalaman mengalami masalah kesihatan sedemikian menerusi segmen dalam rancangan temu bual Mingguan Wanita.

BACA : Rebah Ketika Imamkan Solat Subuh, Lelaki Temui AjaI Masa Bangun Daripada Rukuk

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’
Kredit Foto : Mingguan Wanita

Didiagnos kanser tahap 4

Menurut bapa kepada 7 orang cahaya mata ini, dia hanya mengingati semasa didiagnos dengan kanser tahap empat. Disebabkan itu, hatinya meronta kerana tidak dapat mempercayainya. Ditambah pula, dia selalu memikirkan kanser ini akan dihidapi oleh golongan wanita sahaja.

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’

Ada ketulan..saya fikir cuma bisul

Tambah Mohd Zullaimy lagi, pada mulanya dia menyedari ada ketulan pada dadanya tapi hanya dibiarkan saja. Namun, dia berasa tidak selesa pada ketulan tersebut selepas dua tahun. Lebih perit lagi apabila ketulan tersebut bergesel dengan bajunya.

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’
Gambar Sekadar Hiasan

Doktor nasihat buang ketulan, sahkan ada kanser

Enggan membiarkan perkara berkenaan terus berlarutan, dia terus pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Oleh itu, doktor menasihatinya supaya membuang ketulan tersebut. Selepas 2 minggu rawatan secara operation, doktor mengesahkan dia menghidap kanser.

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’

Jangan malu & jumpa doktor

Dalam pada itu, Mohd Zullaimy turut memberikan nasihat kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti dirinya supaya tidak berasa malu untuk berjumpa dengan doktor. 

“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’

Sumber : Mingguan Wanita , LPPKN

Tags: kanserketulanlelakiwanita
Next Post
“Saya Ingatkan Cuma Bisul” – Awas! Lelaki Pun Berisiko Ada ‘Breast Cancer’

"Gatal Ajak Karok"-Kompilasi Perangai Pegawai Di Pusat Memandu, Macam-Macam Ada

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)