Utama Hiburan "Saya Derhaka"-Suami Tak Izin Temu Ayah Sampai Hujung Nyawa, Kisah Pilu Amelina

“Saya Derhaka”-Suami Tak Izin Temu Ayah Sampai Hujung Nyawa, Kisah Pilu Amelina

Suatu ketika dahulu, penyanyi dangdut Amelina begitu terkenal sehingga dikenali sebagai Ratu Dangdut. Lagu-lagunya sentiasa menjadi siulan ramai. Antara lagu popularnya adalah lagu duetnya bersama Iwan, Memori Daun Pisang. Namun tatkala populariti beliau berada di puncak, Amelina secara tiba-tiba hilang dari radar dunia seni. Tiada siapa yang tahu kenapa dan mengapakah. Dalam temubual terbaru rancangan ‘Di Balik Idola’, Amelina membongkar kisah lalu yang membuatkan beliau sebak.

BACA: “Bangganya..”-Hebah Bagi RM10K Kepada Bekas Isteri, PU Abu Dikecam Teruk

Merahsiakan perkahwinan dengan bekas suami, Reduan Mahmood pada 1999, Amelina mengambil keputusan untuk bersara dari dunia hiburan. Namun perkahwinan beliau tidak mendapat restu ibu bapanya.

Sampai Suatu Tahap Saya Derhaka, Pada Mak Dan Abah.

Menurut Amelina, pada ketika itu beliau mentaati suaminya. Bukan sahaja dia menyepikan diri dari peminat, Amelina juga rupanya langsung tidak berjumpa dengan ibu bapanya selama sepuluh tahun!




Saya Taat Kepada Suami

Keperitan hatinya bertambah-tambah apabila tidak dapat berjumpa dengan bapanya ketika bapanya s@kit. Menurut adik Amelina yang digelar Angah, ayahnya sering bertanyakan keberadaan kakaknya itu.

Selepas Kak Long Tiada…

Hingga pada satu tahap, Amelina berdoa supaya Allah tidak menarik nyawanya selagi belum dapat bertemu dan memohon ampun kepada ayahnya.

Selagi Belum Dapat Aku Sujud Kaki Abah Aku..

Akhirnya, pada tahun ke-10, tanpa keizinan suaminya dia telah bertemu ayahnya dan sempat memohon ampun. Dan itulah kali pertama dan terakhir beliau bertemu ayahnya. Pada malam pemergian ayahnya, Amelina mendapat mimpi ayahnya bertemu dengannya dengan berpakaian segak dan memberitahu “Ayah pergi dulu ya”. Pada ketika itu, Amelina hanya mampu bersedih dan hatinya sedikit sebanyak menyalahkan suaminya.




Pada tahun 2014, Amelina bercer@i dengan suaminya. Pas@ngan ini dikurniakan enam orang anak,  Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun. Kini Amelina kembali ke industri hiburan demi untuk menyara kehidupan anak-anak dan ibunya yang uzur.

Kisah Amelina mendapat pelbagai respon dari netizen.

Isteri Tetap Kene TAAT Pd Suami Selagi Tidak Melangar Syarak..




First Time Dengar Confession Yang Sangat Jujur

Sumber: Di Balik Idola, Mingguan Hiburan

Artikel Popular