Tanggungjawab seorang bapa tidak semudah yang disangkakan. Selain perlu mendidik anak-anak dan memimpin keluarga ke jalan yang benar, mereka juga banyak berk0rban rehat untuk membuat kerja lebih masa demi mencari rezeki bagi menampung keluarga. Jika si isteri juga bekerja, ia mungkin boleh meringankan beban para suami tetapi bagaimana pula golongan suami yang sudah kehilangan isteri?Â
BACA:Â Sanggup Menjanda Demi Elak Suami Baran, Tapi Si Anak Pula Buat Perangai Sama!
Lebih teruk lagi apabila terdapat isteri yang lari meninggaIkan keluarganya demi kepentingan diri sendiri. Begitulah yang dapat disimpulkan tentang cerita yang dikongsikan seorang peguam bernama Farhan Maaruf di Twitter baru-baru ini.Â
Gara-gara ditinggalkan isteri, seorang bapa terpaksa menyara keluarganya seorang diri dengan bekerja sebagai penghantar pizza. Difahamkan, dia bukan sahaja perlu menyara keempat-empat anak kecilnya tetapi juga dua orang kakaknya yang tinggal bersama. Disebabkan ingin kekal bertenaga dan cergas semasa berkerja di malam hari, dia akhirnya membuat keputusan mengambil barang terlarang walaupun tahu ianya salah di sisi undang-undang.Â
Anak 4 orang, 2 kembar nak daftar darjah 1Â
Masa aku buat hujahan, satu court diam
Farhan Maaruf merupakan seorang peguam jenayah. Dalam k3s tersebut, beliau telah mempertahankan bapa ini daripada disabit hukuman berat dengan hujah-hujah bernasnya termasuklah menegaskan tentang tujuan sebenar bapa ini terdorong mengambil syabu untuk bekerja. Â
Tak semua penagih tu bersalah
Mahkamah akan utamakan hukuman berbentuk denda
Perkongsian peguam ini telah menjadi tumpuan sehingga meraih lebih 11 ribu retweets di Twitter setakat ini. Melalui ruangan komen, boleh dilihat beliau telah menjawab setiap pertanyaan yang diajukan netizen berhubung perkara itu termasuklah tentang hukuman yang bapa itu bakal terima.Â
Orang yg tak educated bergantung pada skiIl kendiri
Bila ada netizen yang mempertikaikan tentang rasional bapa tersebut mengambil barang terlarang dan menyifatkan hujahannya akan membuatkan si bapa rasa lagi digalakkan untuk terus jadi penagih, peguam ini telah menjelaskan isu ini daripada sudut berbeza. Ini kerana tidak semua bapa di Malaysia seorang yang celik IT dan boleh bekerja di pejabat.
Dia ambil benda tu sebab nak hadap kerja dia
Peguam ini menyimpulkan bapa tersebut mengambil syabu bukanlah untuk kepentingan dirinya, tetapi untuk meningkatkan stamina diri supaya dia boleh melakukan kerja dengan lebih efisien. Seterusnya dapat menjana pendapatan yang lebih untuk anak-anak dan kakaknya.Â
Dia bukan amik untuk lalokÂ
Sumber: Twitter farhanmaaruf_