Utama Cinta & Perhubungan 1st Date Di HospitaI, Siapa Sangka 2 Survivor Barah Kini Sah Jadi...

1st Date Di HospitaI, Siapa Sangka 2 Survivor Barah Kini Sah Jadi Suami Isteri!

Sebelum ini, kisah mengenai seorang blogger tempatan bernama Azira Baharum pernah tular di segenap laman sosial gara-gara perkongsiannya sewaktu menghidap pelbagai simptom barah sejak 3 tahun yang lalu. Selepas disahkan menghidap barah jenis Limfoma Hodgkin Klasik, wanita berusia 27 tahun ini berkongsi pengalamannya di laman Twitter dan telah mendapat perhatian ramai sejak daripada itu. 

BACA: Ulat Resdung Tak Wujud, Doktor Ini Bongkar Mitos Tentang Resdung!




Namun siapalah dapat menduga, barah yang selalunya disangka sebagai khabar buruk pada manusia itu telah pun menemukan dia dengan cinta hatinya. Ketika dihubungi, wanita yang turut mesra disapa sebagai ‘Egy’ ini memberitahu bahawa perkenalan mereka terjadi tanpa disangka pun kerana dia juga tidak terlalu bergaul dengan lelaki sangat.

“September lepas saya baru sahaja diagnosed menghidap jenis barah tersebut. Jadi saya tweet untuk maklumkan rakan-rakan mengenainya, tapi tak sangka dapat perhatian & mesej daripada beribu orang. Kebetulan masa tu juga saya tengah cari orang yang senasib dengan saya untuk mengetahui cara mereka menjalani hidup. Dan saya akhirnya tertarik untuk membalas mesej yang dikirimkan oleh adik Izham sebelum kami mula berhubung secara terus mengenai kehidupan & kesihatan masing-masing.

Dedahnya lagi, mereka semakin bertambah rapat apabila selalu ada di kala susah dan senang selama mendapatkan rawatan untuk barah masing-masing. Malah Izham sendiri sudi dan berani untuk menemani dirinya walaupun kadang-kala dia terpaksa mengalah dengan keadaan badan sendiri.




First date kami berlaku di hospitaI bila tak sengaja menghadiri beberapa sesi check up pada hari yang sama. Selain itu, kami juga trauma setiap kali perlu menjalani rawatan chemoteraphy. Tapi Izham tak pernah gagal menemani saya walaupun perkara itu membuatkan dia pening dan muntah. Saya sentiasa rasa senang hati bilamana dia sanggup mengorbankan waktu rehatnya untuk menemani saya.

Selepas hampir setahun mengenali hati budi masing-masing, couple ini telah selamat diijabkabulkan pada 3 Ogos lalu di Seremban. Jelasnya, kehidupan mereka berdua terasa lebih lengkap sejak bergelar suami isteri. Malah, mereka turut berkongsi doktor yang sama setiap kali memeriksa keadaan kesihatan.




Walaupun orang selalu kata dugaan barah itu besar, namun kita takkan pernah faham selagi belum merasainya sendiri. Maka saya lebih selesa untuk bersama dengan orang yang mengetahui tekanan atau ‘pressure’ yang saya sendiri rasai serta mampu untuk mengawalnya. Saya juga makin rasa tenang sebab kini tidak lagi berseorangan dalam mengharungi ujian ini. Saya akan setia bersamanya hingga ke hujung nyawa.

Egy turut memberitahu bahawa mereka juga sedang menjalankan perniagaan sendiri dan juga sebuah crowdfunding buat masa ini untuk mengumpul wang bagi membiayai kos rawatan. Dalam pada itu, mereka tetap giat memberikan kesedaran tentang kepentingan sistem sokongan kepada orang yang senasib dengan mereka. Hal ini kerana diagnose barah sahaja belum cukup untuk mengakhiri nyawa seseorang melainkan mereka sendiri yang membiarkannya.




Sumber: Twitter egyazira

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI