Seandainya anda ditakdirkan untuk dikurniakan anak autisme, apakah tindakan yang anda akan buat? Adakah terus sembunyikan mereka daripada masyarakat atau besarkan mereka bagai menatang minyak yang penuh seperti anak normal lain juga? Hakikatnya, tiada langsung perkara yang boleh buatkan anda berasa malu. Bezanya anak syurga ini daripada orang lain cumalah mereka ini memiliki kekurangan dari aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Itu sahaja.
BACA:Â “Matanya Ke Atas & Badan Kejang” – Ibu Kongsi Pengalaman Anak Kena Demam Sawan
Husna suka sangat Ultraman…siap ugut tak nak sekolah kalau tak jadi Ultraman
Walaupun membesarkan 3 anak autisme bukanlah senang, namun dari situlah juga datang kenangan manis dalam hidup seorang ibu ini. Menerusi posting yang pernah dimuatnaik olehnya di laman Facebook sebelum ini, Karinda merupakan seorang ibu yang sangat tabah memenuhi segala permintaan daripada anaknya selagi tidak keterlaluan.
Sebelum ni pernah jadi Masked Rider juga..
Kata wanita ini, dia sanggup menolak tepi soal malu ketika memakai topeng Ultraman semata-mata untuk memastikan anaknya yang bernama Husna itu seronok hadir ke sekolah. Malah ujarnya lagi, dia juga pernah melakukan perkara yang sama dengan topeng Masked Rider sewaktu keluar bersama anak lelakinya sebelum ini.
Tabahnya hati Puan demi anak…Ultraman pun Ultraman la yeehaaa
Ternyata tindakan berani wanita ini melambangkan pengorbanan serta kasih sayang tinggi terhadap anak-anak istimewanya. Sehingga kini posting yang dikongsi di laman Facebook Austime Malaysia itu telah dikongsi lebih daripada 7,000 kali. Rata-rata netizen malah memuji Karinda sebagai antara contoh ibu terbaik buat semua golongan wanita di luar sana.
Sumber: FB Karinda Warsito