Inspirasi Berita Semasa Viral

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, kejayaan seorang murid bergantung kepada usaha guru. Malah pengorbanan mereka yang tidak ternilai itu telah banyak menabur jasa dan budi kepada masyarakat. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kebanyakan institusi pendidikan mengambil inisiatif membuat pembelajaran atas talian.

BACA:Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur


Bimbang terganggu persediaan SPM… guru ambil inisiatif hantar tugasan terus ke rumah pelajar

Namun berbeza pula dengan tindakan seorang guru wanita dari Kemaman, Terengganu ini. Bimbang dengan peperiksaan SPM yang bakal tiba, dia sanggup menyediakan dan menghantar tugasan secara manual kepada setiap pelajarnya. Hal ini kerana, beliau sangat bimbang mereka terlupa ilmu yang dipelajari sebelum ini.

Susulan itu, guru tersebut telah pun mengajak suaminya untuk menghantar bahan-bahan di setiap rumah pelajarnya. Bagi pelajar yang duduk di kawasan pendalaman pula, mereka perlu keluar berjumpanya di satu lokasi khas bagi tujuan tersebut.


Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sanggup redah hujan lebat… tersenyum lepas hajat dapat ditunaikan

Lebih menyayat hati apabila suami isteri berkenaan telah melalui 7 perhentian serta meredah hujan yang sangat lebat. Setelah menyerahkannya, beliau turut berpesan kepada para pelajar agar sentiasa bersemangat menyiapkan tugasan yang diberi. Jelas suaminya lagi, usaha kerasnya itu nyata sangat berbaloi apabila guru tersebut mengukir senyuman di bibir setiap kali berjaya membantu para pelajarnya.

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sumber: Facebook Wan Ridhuan Muhammad 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes