Sanggup Buang Isteri Sebab Tiada Anak, Lepas Talakkan Terus Allah Tunjuk Kuasa

Entah secara kebetulan atau sebaliknya, namun media sosial kita sejak kebelakangan ini sering sahaja dibanjiri dengan kisah-kisah keretakan rumah tangga. Sudah pasti tiada sesiapa yang ingin melihat rumah tangga sendiri musnah di hadapan mata. Malangnya sikap tidak rasional satu-satu pihak dalam berhadapan konflik perkahwinan kadangkala memburukkan lagi keadaan. Mungkin begitulah perumpamaan tepat untuk menggambarkan nasib seorang wanita yang telah ditinggalkan suaminya.

BACA : Kerja Masyuk Tapi Disuruh Resign, Isteri Terkilan Lepas Buka Akaun Bank Suami

Kisah duka berkenaan telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dengan akaun @sy4heera dan berjaya meraih belasan jumlah retweet. Nampaknya, dia juga gagal menahan sabar dan mungkin tidak akan dapat bertahan sekiranya berhadapan situasi sama.

Advertisement

Kalau aku ada di tempat dia, aku tak rasa akan setabah ni. Sesetengah daripada kita memang tak layak berkahwin. Tak layak merasai kebaikan dalam hidup ni.

Gambar sekadar hiasan

Aku tak kerja…Berhenti selepas kahwin

Advertisement

Menurut luahan daripada tuan badan sendiri, dia begitu sedih kerana hubungan rumah tangga yang penuh kebahagiaan seolah-olah goyah apabila suami menyuarakan hasrat untuk berkahwin lain. Mengakui tidak pernah mengambil tahu urusan kerja suaminya itu, siapa menduga lelaki berkenaan rupanya menjalinkan hubungan dengan seorang staf di pejabat secara rahsia. Suaminya nekad berkahwin lain dengan alasan ingin memiliki zuriat sendiri memandangkan isteri pertamanya tidak hamil selama 6 tahun bersama.

Gambar sekadar hiasan

Dia kata aku keras kepala dan mengungkit nafkah

Advertisement

Geram kerana wanita tersebut berat hati memberikan keizinan berpoligami, akhirnya dia menjatuhkan talak dan memilih gadis yang telah memenangi hatinya itu. Tidak sedikit rasa kasihan pun diberikan meskipun menyedari isterinya itu mengalami kemurungan teruk. Namun sesuatu yang mengejutkan telah berlaku kerana isteri yang baru ‘dibuang’ tadi kini disahkan hamil selama beberapa minggu.

Gambar sekadar hiasan

Kahwin bukan sekadar kahwin. Kahwin ni kena susah senang bersama. Dia cuba pertahankan perbuatan selingkuh dengan alasan ‘nak anak’. Dia sendiri tahu berapa payahnya kedua-dua berusaha dapatkan zuriat. Mana dia tahu isteri baru tu nanti akan bagi zuriat cepat? Apa yang susah sangat nak mengaku kau memang dayus?

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Sy4heera

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement
Advertisement