Riuh Habis Pentas, Syahmi Sazli Raih Anugerah Di Konsert Throwbaek 2019 Astro

Semalam telah berlangsungnya satu acara khas iaitu Konsert Throwbaek 2019 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam. Majlis berprestij itu bukan sahaja menganjurkan konsert semata-mata, namun turut bertujuan memberi anugerah pencapaian khas buat penerima terpilih. Terdapat lebih 14 anugerah atau penghargaan telah disampaikan dalam majlis yang diacarakan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan juga Sherry Alhadad. 

BACA: Orang Lain Harey Geng Drama Spontan Terjah MeleTOP, Berdekah Satu Studio

Alhamdulillah Allah untuk award ini

Advertisement

Antara penerima anugerah yang paling mendapat perhatian adalah Syahmi Sazli, Asif dan juga Yoe Parey. Ketiga-tiga bintang popular YouTube ini telah dianugerahkan dengan ‘Video Pendek Baek’ atas penerbitan karya mereka menerusi ‘Drama Spontan’. Penampilan mereka turut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir pada malam tersebut. Tak kering gusi dibuatnya apabila kedua-dua insan istimewa itu sempat berseloroh selepas diusik oleh Kamal Adli dan Vicha selaku penyampai anugerah. 

Advertisement

Karya sering trending di laman Youtube

Video pendek yang boleh dikatakan pernah mencetus fenomena itu turut mendapat jutaan tontonan di laman Facebook. Menjengah ke laman Instagram Syahmi Sazli, pemuda ini dilihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini. Bermula dengan sebuah video yang dibuat secara suka-suka akhirnya membawa kepada suatu yang tidak dijangka untuk tahun 2019 ini.

Berkat jaga anak-anak istimewa…Allah bagi rezeki tak putus

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan, netizen dilihat tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada mereka. Malah mereka turut memuji usaha Syahmi dan juga isterinya, Nisa dalam membentuk dan mengajar kedua anak istimewa tersebut untuk lebih yakin berhadapan dengan orang ramai. 

Advertisement

Sumber: Instagram Syahmi Sazli & Astro Gempak

Advertisement

Advertisement