Sejak kebelakangan ini, tanpa sebarang simpton pun individu boleh terjejas pada COVID-19. Itulah yang turut terjadi kepada Instafamous, Hafiz Mahamad apabila disahkan positif wabak tersebut. Setelah 10 hari menjalani kuarantin kendiri di rumah, lelaki berkenaan telah mendedahkan dirinya kini bebas virus berkenaan.
BACA: Tak Kisah Kena Perli Ikut Kehendak Bini, Bahagiakannya Punca Rezeki Melimpah
Rindunya bau isteri & anak…syukur, banyak perkara yang dipelajari saat kuarantin
Sambil bersiap sedia untuk buat pemeriksaan kali terakhir, Hafiz kelihatan sibuk mengemas serta membersihkan bilik yang digunakannya sewaktu kuarantin. Setelah selesai segala urusan, dia turut sempat mengucapkan terima kasih pada petugas yang membantunya. Setelah sampai ke rumah, lelaki berkenaan segera memeluk Syafiqah serta anak perempuannya. Bukan sahaja belajar perkara baru, Hafiz berterima kasih kepada isteri tercinta kerana sanggup bersusah payah menguruskannya sebelum ini. Tambahan lagi, dia menghargai sahabat, keluarga dan peminat yang tidak jemu mendoakan dirinya sihat sepenuhnya.
Alhamdulillah, semoga Hafiz sekeluarga dilindungi…harap ‘Pesan PKP’ dilanjutkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berharap video ‘Pesan PKP’ yang dibuat ketika Hafiz kuarantin dilanjutkan. Dalam pada itu, mereka berasa lega dan bersyukur usahawan muda itu akhirnya sihat. Bukan sahaja mendoakannya sekeluarga, mereka juga terharu menyaksikan moments indah saat anak-beranak itu bersatu kembali. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 300 ribu tontonan.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad