Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah boleh digambarkan mengenai seorang tukang buat keranda dari Indonesia ini apabila menerima rezeki tak disangka-sangka yang jatuh menembusi bumbung rumahnya.
BACA:Â Jutawan Ke Gelandangan, Lelaki Terduduk Lepas Papa Kedana-“Kadang Kita Lupa”
Seketul batu angkasa seberat 2.1 kg tiba-tiba menembusi bumbung rumah ketika sedang sibuk buat keranda
Memetik portal Tribun News, seketul batu meteorit telah mendarat di kediaman Josua Hutagalung tatkala dia sibuk melakukan kerja. Kejadian tersebut berlaku pada Ogos lalu di Kolang, Sumatra Utara. Batu berkenaan dilaporkan seberat 2.1 kg dan tertanam sejauh 15 cm dalam tanah sebelum ia digali keluar. Tambah lelaki berusia 33 tahun tersebut, batu meteorit itu berada dalam keadaan suam ketika diangkat masuk ke dalam rumahnya.
Pandai tawar-menawar hingga memperolehi RM 7.6 juta…anggap sebagai petanda bakal timang anak perempuan
Tukang buat keranda ini menjadi jutawan segera dan dikatakan bijak membuat tawar-menawar harga sehingga ditawarkan 1.4 juta pound sterling (RM7.6 juta). Batu meteorit tersebut kemudian diuruskan oleh pakar meteorit bernama Jay Collins sebelum dijual kepada seorang pembeli dari Amerika Syarikat. Susulan kejadian tersebut, lelaki ini terus mengambil keputusan untuk pencen daripada kerjanya. Josua malah menganggap ia sebagai petanda tuah bahawa dia mungkin berpeluang memiliki anak perempuan selepas ini.
Sumber: Â Daily Mail, Tribun News