Putus cinta merupakan realiti yang sangat menyakitkan. Kesedihan dialami oleh seseorang adakalanya memakan masa lama untuk sembuh sepenuhnya. Namun, dalam tidak sedar ia akan memberi kesan negatif berpanjangan kepada emosi termasuklah risiko depresi. Mungkin masih ada yang buntu tentang bagaimana cara untuk keluar daripada kekecewaan ini. Seorang pengguna Twitter telah berkongsi tips untuk menghadapi heart broken.
BACA : Tak Berbaloi Kecewa Putus Cinta, CGPA Jatuh Teruk Sampai Kena Tangguh Belajar
Terima hakikat semua dah berakhir…
Menurut perkongsian pemuda ini, seseorang itu seharusnya belajar untuk menerima hakikat tanpa meletakkan harapan kepada kisah silam. Dia juga turut menyarankan supaya sentiasa fikirkan perkara-perkara negatif tentang hubungan. Dalam struggle untuk move on, pemilik akaun Twitter ini juga berkata elakkan daripada berfikir tentang si dia sekali gus menjauhkan diri daripada media sosial buat sementara waktu.
Bukannya lepas 1 hari, terus boleh feel better
Tambahnya lagi, seseorang itu perlu beri masa kepada diri sendiri dan tekadkan diri bahawa kekecewaan ini hanyalah sementara. Selain itu, belajar untuk memaafkan. Hal ini bukan kerana ingin melupakan malah ia dijadikan sebagai pengajaran di dalam kehidupan seseorang. Mengakhiri perkongsian, dia menyifatkan bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk berhadapan dengan fasa putus cinta seperti ini.
Sumber : Twitter Dr Amalin Amin