Viral

Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Sharing is caring!

Kreatif dan juga berani. Mungkin 2 perkatann ini cukup menggambarkan usaha kumpulan Drama Band ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 34 malam Ahad lalu. Membawakan lagu rancak berjudul ‘Drama’, persembahan yang disajikan oleh kumpulan pemuzik ini benar-benar sarat dengan pelbagai unsur sarkastik dan juga sinikal. Mengangkat tema parodi kontroversi artis-artis tempatan sepanjang 2019, siapa menduga idea menghidupkan semua watak secara live itu akhirnya membawa padah.


BACA : Dibadutkan Dalam Persembahan Drama Band, Netizen Salute Respon Haqiem Rusli

Mengajak kita merenung dan berfikir lebih jauh

Walaupun ada yang beranggapan persembahan tersebut begitu gempak dan memukau mata ramai, namun sesetengah netizen mempunyai pendapat sebaliknya. Menjengah ke ruangan Instagram rasmi kumpulan berkenaan, mereka tetap dihentam netizen meskipun sudah membuat penjelasan ringkas tentang idea persembahan yang cuba diangkat. Tidak seperti penyanyi lain, video persembahan mereka juga telah disekat daripada bersiaran di ruangan Youtube rasmi TV3.


Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu
Kredit Foto : BH Online

Takde niat nak menyinggung mana-mana pihak

Sedar bahawa persembahan mereka dikritik sebagai keterlaluan, Aepul Roza selaku vokalis ada membuat penjelasan menerusi laporan daripada mStar. Selain mengakui tiada niat mahu menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menerusi lagu tersebut, penyanyi bersuara nyaring ini sempat menitipkan permohonan maaf. Melalui Berita Harian juga, mereka menjelaskan bakal lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya selain berharap tidak dihalang dalam membuat persembahan di mana-mana acara selepas ini.


Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Sumber : Portal mStar, dramaband dan MuhdShareenn, Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ramai Marah Persembahan Di Pentas AJL 34, Drama Band Tak Sangka Boleh Jadi Isu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram