Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, pasti semua tak kira muda ataupun dewasa menanti-nantikan saatnya untuk sama-sama menunaikan ibadat istimewa ini. Setiap tahun pasti setiap daripada kita berazam untuk membuat perubahan atau target yang baru menjelangnya bulan tersebut. Namun bagi golongan wanita, pelaksanaan ibadah tersebut perlu bergantung kepada beberapa faktor.
BACA:Â Nenas B4haya Untuk Wanita Hamil Dan Sedang Haid? Ini Penjelasan Doktor Pakar
Berikut adalah diantara perkara-perkara yang perempuan sahaja tahu betapa susahnya nak buat.
Struggle nak buat ni!
Setiap kali puasa, pasti berat akan turun tapi masalah tu datang bila raya sebab semua makanan nak telan. Akhirnya menyesal, dan azam cuba tahun depan pula.
Nak kurangkan berat badan tapi lepas raya makin naik adalah.
Kalau dah nama perempuan, shopping itu adalah kegemaran mereka kebanyakkannya. Nampak je makanan dekat bazar, jualan untuk hari raya habis diborong.
Konon nak menyimpan duit dari awal tahun.
Seronok bila dapat cuti, yela bolehla makan sedangkan orang lain tengah puasa. Nak rasa makanan pun senang tapi dah ‘kantoi’ tu yang susah.
‘Cuti’ puasa tapi makan kena sorok-sorok macam pencuri
Yela, raya setahun sekali katanya. persiapan tu kalau tak mengalahkan datuk-datuk tak sah
Persiapan raya macam tahun depan dah tak raya lagi
Paling kesian, sebab bila dah tak ada rasa habis la ‘angin’ semua orang dalam rumah. Tukang la paling kecewa dengar macam-macam komplain.
Masak penat-penat tapi tawar dan tak rasa
Pagi nak kerja tapi tetap kena jadi ‘alarm clock’ untuk kejutkan orang lain. Kalau tak kejut nanti kena marah dan dipersalahkan.
Kena kejutkan orang lain bangun sahur, tapi kalau tak bangun disalahkan
Perkara yang paling susah untuk orang perempuan tak kira puasa atau pun tak. Kena banyak tengok rancangan masakan atau cari dalam internet.
Nak masak tapi tak ada idea
Pening betul jadi perempuan, ada duit susah tak ada duit susah. Beli barang malas, beli secara dalam talian nanti tak sama macam expectation.
Nak beli belah tapi malas, kalau beli online salah s4iz
Jangan lupa, dah dapat ‘cuti’ tapi nak ganti sampai dah nak dekat Ramadhan tahun depan. Kalau boleh habis je raya cubala ganti perlahan-lahan, nanti kena bayar Fidyah pula.
Habis puasa kena ganti pulak
Sumber:Â SAYS