Inspirasi Viral

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan

Sharing is caring!

Baru-baru ini, seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bernama Nur Athirah Rushami Zien telah mencuri tumpuan ramai apabila meraih Anugerah Pelajaran Diraja. Apa yang lebih mengagumkan apabila gadis berusia 23 tahun ini berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 4.00 selama 7 semester berturut-turut. Malah dia menamatkan pengajian dengan PMK 3.99 dalam jurusan Undang-Undang dan Perniagaan.

BACA : Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Sampai Neelofa Cari Nak Bagi Hadiah

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan
Kredit Foto : BH Online

Jaga adab & hormat pensyarah, urusan dipermudahkan

Menurut gadis kelahiran Perlis ini, dia tidak mempunyai sebarang resipi kejayaan yang luar biasa kecuali dengan menjaga adab dan hormat pensyarah serta orang di sekeliling. Hal ini kerana dia yakin ilmu yang disertakan dengan adab dapat memberi keberkatan dalam hidup sekali gus segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan
Kredit Foto : Metro

Jaga hubungan baik dengan pensyarah, buat tugasan & fokus

Jelasnya lagi, sebagai seorang pelajar perlulah membina hubungan baik dengan pensyarah untuk mewujudkan persekitaran selesa dan juga memudahkan bertanya sebarang soalan yang kurang difahami. Di samping itu juga, Nur Athirah memberitahu bahawa segala tugasan yang diberi perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa memberi fokus di dalam bilik kuliah.

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan

Terkejut kisahnya jadi viral

Menerusi portal mStar, dia mengakui sangat terkejut kerana kisahnya menjadi viral dan berharap agar ia menjadi titik permulaan bagi dirinya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Dalam pada itu, Nur Athirah meluahkan rasa syukur meskipun percaya ramai lagi graduan lain yang cemerlang dalam pelbagai bidang.


Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan
Kredit Foto : mStar

Terharu dengan komen positif Neelofa

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa menulis komen positif serta mahu memberikan hadiah kepadanya, Nur Athirah akui perasaannya bercampur baur antara terkejut dan juga terharu.

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan

Sumber : Harian Metro , mStar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Graduan Cemerlang UUM Kongsi Rahsia Kejayaan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram