Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang

15th March 2020
in Berita Semasa
Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak bermulanya gelombang kedua pada minggu lepas, penularan wabak virus korona di negara ini tak dinafikan semakin meruncing. Meskipun ada sebilangan kecil yang telah sembuh dan discaj daripada pusat rawatan masing-masing, namun bilangan individu yang dijangkiti nampaknya semakin melonjak naik saban hari.

BACA: Makin Merisaukan, Jumlah Positif COVID-19 Malaysia ‘Mencanak’ Hampir 250 Orang

Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Gambar sekadar hiasan

Jumlah positif COVID-19 dah cecah 428 orang

Setakat jam 12 tengah hari tadi pula (15 Mac 2020), seramai 190 individu baharu yang disahkan positif jangkitan COVID-19 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini sekali gus bermakna bahawa jumlah kumulatif positif wabak berkenaan telah meningkat kepada 428 orang di negara ini. Secara keseluruhannya, Malaysia juga telah dah merekodkan jumlah paling tinggi di rantau Asia Tenggara.

Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang

Mereka yang terjejas berkait dengan perhimpunan ijtima’ tabligh

Berdasarkan siasatan awal pihak yang memantau dan menyelia senarai itu, rata-rata mereka yang terjejas adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan ijtima’ tabligh di Sri Petaling yang dianjurkan sekitar 27 Februari hingga 1 Mac lalu termasuklah kontak rapat mereka. Atas sebab itu, pihak KKM menyeru agar kesemua peserta perhimpunan terbabit agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dengan lokasi kediaman masing-masing untuk mendapatkan pemeriksaan atau tindakan selanjutnya.

Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Gambar sekadar hiasan

42 individu telah pulih setakat ini

Dalam pada itu, seramai tujuh lagi individu yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 telah disahkan pulih sepenuhnya serta dan dibenarkan pulang dari pusat perubatan di Sungai Buloh. Perkembangan itu turut menjadikan bahawa 42 orang telah pulih setakat ini daripada jumlah besar berkenaan.

Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tags: 428covid 19individumalaysiaorangpositif

Related Posts

Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Berita Semasa

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

5th May 2023
Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Berita Semasa

“Aku Padam Kak”- Lelaki Usia 20 Tahun Tertangkap Mengintai Di Tandas Awam

4th May 2023
Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Artis

Rosyam Nor Timang Cucu Kelima, Syukur Dapat ‘Anugerah’ Comel Di Bulan Ramadhan

10th April 2023
Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang
Artis

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

31st March 2023
Next Post
Positif COVID-19 Naik 3 Angka Harini, Jumlah Keseluruhan Melonjak 428 Orang

Tiket Ke Korea Masih Penuh, Masyarakat Kurang 'Sense Of Crisis' Lawan COVID-19

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)