Utama Artis "Please Nak Nenen"- Lebih 4K Komen Dalam Sejam, Ramai Cair Tengok Siti...

“Please Nak Nenen”- Lebih 4K Komen Dalam Sejam, Ramai Cair Tengok Siti Aafiyah

Bergelar anak tunggal kepada seorang penyanyi nombor satu tanah air, pastilah segala aktiviti dan gelagatnya menjadi perhatian ramai di media sosial. Meskipun tidak mempunyai akaun Instagram sendiri seperti kebanyakkan anak selebriti yang lain, namun Siti Aafiyah tetap menjadi kegemaran ramai. Hal ini menyebabkan seramai lebih 6 juta pengikut Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram ternanti-natikan perkongsian gambar dan video comel Siti Aafiyah. 

BACA:“Besar Nafsu Mu..” – Niat Wariskan Syarikat Pada Aafiyah, Tok Ti Ditegur Netizen

Terbaru melalui Instagram penyanyi kesayangan negara ini, beliau ada berkongsi video pendek memaparkan gelagat anaknya yang bertudung sambil merengek manja meminta susu. Apabila ditanya ibunya apa yang perlu dicakap bila inginkan susu, Siti Aafiyah terus bersuara ‘please…’ dengan pelat dan suara yang meleret. Comel habis!  

Tubuh genit Aafiyah kemudiannya terkedek-kedek berlalu pergi apabila dipimpin seseorang untuk makan ubat sebelum diberikan susu. Namun, ketika dia berlalu pergi dapat dilihat jelingan dan pandangannya yang masih tertumpu pada ibunya seperti  mengharapkan janjinya untuk memberikan susu selepas makan ubat ditepati. 




Sempat mintak susu

Geram tengok. Moga jadi anak solehah

Video berdurasi 33 saat itu kini meraih lebih 800 ribu tontonan serta 4 ribu komen netizen sejak dikongsikan 13 jam lalu dan kini ruangan komen video tersebut telah dihadkan. Rata-rata netizen meluahkan rasa geram mereka melihat kecomelan Aafiyah yang memakai baju tidur sambil bertudung. 




Kalau anak sedara aku ni nak gomoI sampai nangis

Selain para wanita, pengikut lelaki di IG penyanyi ini juga melting dan geram melihat kecomelan Aafiyah apabila dia bersuara ‘please..’  kepada ibunya.

Cute.. pandai tak usik pun tudung tu

Sumber: IG ctdk

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI