Artis Berita Semasa

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

Sharing is caring!

Walaupun pengumuman tempoh lanjutan Perintah Kawalan Berkurung dibuat sebagai usaha membendung wabak koronavirus, namun tidak dinafikan banyak pihak mula merasai tempiasnya. Majikan yang mempunyai perusahaan sendiri pun sudah mula menggaru kepala mengenangkan status perniagaan masing-masing, apalagi dengan nasib orang susah di luar sana.

BACA : [VIDEO] Suruh Berkurung Tapi Sibuk Joging, Bila Kena Tengking Tahu Cabut Lari

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas
Kredit Foto : Free Malaysia Today

Saya berharap kami diberi pertolongan

Namun dalam tidak sedar, siapa menduga bahawa rupanya golongan artis juga tidak terkecuali apabila ‘periuk nasi’ mereka dikatakan turut terganggu. Hal ini telah dikongsikan sendiri oleh Juara Mentor Musim Ketiga iaitu Black Hanifah. Melalui pendedahan bersama portal Berita Harian, dia berharap semoga pihak kerajaan dapat menghulurkan sedikit bantuan dengan harapan semoga bebanan artis yang terkesan boleh diringankan sedikit. Seperti kelompok masyarakat lain, penggiat seni juga perlu memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sepanjang tempoh PKP berjalan.

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

Persembahan seni semua dibatal dan ditunda

Jika orang-orang biasa berharap kepada perniagaan harian untuk menyara hidup, golongan selebriti pula bagai terputus rezeki apabila banyak acara seni mereka terpaksa dibatalkan selain ditunda. Sepanjang tempoh itu, mereka juga kehilangan sumber pendapatan yang selama ini digunakan untuk menyara diri dan keluarga. Namun di akhir luahannya, penyanyi bersuara nyaring ini tetap meluahkan syukur kerana dia mempunyai simpanan sendiri dan tidak merasa begitu terbeban.

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Portal BH Online

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

PKP Turut Kacau ‘Periuk Nasi’ Artis, Black Harap Kerajaan Sumbang Bantuan Khas

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram