Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

7th November 2019
in Berita Semasa, Viral
Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Memetik laporan daripada Daily Mail, seorang juruterbang di Beijing telah diharamkan menerbangkan pesawat untuk seumur hidup sejurus membiarkan teman wanitanya duduk dan mengambil gambar di kokpit semasa penerbangan. Difahamkan, wanita itu juga bertindak memuat naik foto berkenaan ke laman media sosial miliknya dengan kapsyen “Terima kasih kepada kapten. Saya sungguh gembira”.

BACA : [VIDEO] Cubaan Announcement Ala Pilot Menjadi, Siap Diajak Jadi Cabin Krew Lagi

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Lesen penerbangan turut ditarik

Menerusi kenyataan syarikat Air Guilin, pihaknya memohon maaf dan mengesahkan kejadian berkenaan berlaku sewaktu penerbangan dari Guilin ke Yangzhou pada 4 Januari yang lalu. Malah syarikat itu turut dilaporkan telah menarik balik lesen penerbangan juruterbang itu dan mengharamkan daripada melakukan tugas tersebut seumur hidup.

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Krew lain turut terkena tempias

Pembantu juruterbang, pengurus kabin, seorang pramugari dan pengawal keselamatan dalam penerbangan sama turut digantung tugas selama 12 bulan. Ekoran kejadian itu, pengerusi syarikat berkenaan diberi amaran keras manakala 3 bulan daripada gajinya ditolak. Sementara itu, jawatan pengurus besarnya juga diturunkan untuk tempoh sama. Perkara itu mula terbongkar apabila seorang blogger penerbangan popular di Weibo mengkritik tindakan tersebut dengan berkongsi 2 foto yang dimuat naik oleh penumpang wanita terbabit.

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Tindakan bagus, prihatin dengan keselamatan penumpang

Tindakan tegas yang diambil oleh syarikat penerbangan itu terhadap juruterbang berkenaan telah meraih perhatian para netizen khususnya rakyat Malaysia. Mana tidaknya, rata-rata mereka menyokongnya kerana sangat prihatin terhadap nyawa dan keselamatan penumpang. Tidak kurang juga, netizen turut bersimpati dengan krew penerbangan lain kerana terpalit dengan isu tersebut.

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Sumber : Harian Metro , Daily Mail

Tags: air guilindiharamkanjuruterbangLESENposingsyarikat penerbanganteman wanita
Next Post
Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit

Sempena Birthday Ke-38, PU Azman Bagi Ucapan 'Win' Pada Kembarnya Lee Dong Wook

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)