Selepas kita menyaksikan menerusi media sosial bagaimana negara China berdepan detik cemas sewaktu mengharungi musim koronavirus, siapa menduga situasi sama sedang menimpa Malaysia sekarang. Bilangan case yang dilihat mendadak naik kepada lebih 500 orang menunjukkan satu rekod membimbangkan. Oleh yang demikian. petugas kesihatan merupakan pihak yang sedang bertungkus-lumus memberikan khidmat rawatan agar penularan wabak ini dapat dikawal.
BACA :Â Ramai Berdegil Holiday Waktu Covid-19 Makin Teruk, Petugas Rayu Usahlah Selfish
Kena maki ‘kaw-kaw’ dengan orang awam
Malang sekali, mereka juga terpaksa berdepan dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak memandangkan situasi kini menjadi semakin panik. Hakikat berkenaan dikongsikan sendiri oleh seorang pegawai kesihatan bernama Idayuni Ibrahim melalui Facebook sejak semalam. Terus komited untuk bertugas di dalam Bilik Kawalan, dapat disaksikan keadaan sedikit sesak kerana mereka terpaksa mengangkat panggilan telefon tanpa henti. Tidak cukup dengan itu, kesabaran terus diuji selepas mendengar rungutan ‘panas’ pihak atasan serta orang awam.
Kenapa susah sangat nak jujur?
Meskipun keadaan semakin serius, sebilangan besarnya masih berdegil dan tidak mematuhi saranan daripada pihak berwajib mengenai hal-hal yang perlu diambil kira sepanjang wabak ini menular. Sudahlah tidak mahu mengkuarantin diri di rumah, ada pula yang sanggup menipu sejarah penerbangan mereka ke luar negara sebelum ini. Tidak pasti apakah sebab sebenar di sebalik tindakan berkenaan, namun ternyata ia mengundang kerisauan dan rasa tidak puas hati ramai pihak.
Sumber : Twitter Amma, Naurah Syahirah, Facebook Idayuni Ibrahim