Keibubapaan Viral

Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’

Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’
Rasaflix

Sharing is caring!

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila mendapat berita bakal menimang zuriat sebagai penyeri dalam rumah tangga kan? Namun tidak dapat dinafikan, kehidupan selepas anak tersebut lahir ke dunia memang cukup mencabar. Bukan sahaja berhabis duit membeli barang keperluan, malahan si ibu perlu menguatkan semangat melayani bayi mereka. Sesungguhnya, hubungan anak dan ibu memang terlalu rapat sehingga wujud sebuah ikatan luar biasa.

BACA : Baby Tanggung Rare Disease& Tak Dapat Minum Susu Hingga Badan Tinggal Tulang


Dukung diam, letak terus meraung

Dalam pada itu, para ibu di luar sana pastinya pernah berhadapan dengan sebuah situasi di mana bayi anda terlampau clingy. Di saat kita sedang ligat mahu menguruskan kerja rumah, anak-anak pula merengek dan tidak boleh berpisah meskipun cuma sekejap. Sebenarnya, masalah ini dikenali sebagai ‘high need baby‘ dan perkara itu turut dialami seorang wanita bernama Lisa Sara. Menurut perkongsian di Facebooknya, dia mendedahkan beberapa petanda mengenai bayi yang mempunyai personaliti terlebih manja ini.

Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’

Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’
Gambar sekadar hiasan

Mommy yang ada baby macam ni, bertabahlah

Bukan sahaja sering kali menangis dan tidak boleh berenggang dengan ibunya, malahan bayi akan lebih kerap menyusu daripada biasa. Selepas membuat sedikit carian info di internet, barulah Lisa sedar bahawa anaknya turut mengalami perkara itu. Tambahnya lagi, dia baru mengetahui wujudnya situasi tersebut memandangkan anaknya sebelum ini tidak bersikap sedemikian rupa. Walaupun ramai berpendapat si ibu tidak seharusnya terlalu melayan tantrum bayi mereka, namun ia tidak sesuai dipraktikkan bagi anak yang menghadapi situasi high need baby.


Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’

Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’

Sumber : Facebook Lisa Sara


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Manja Nak Berkepit 24 Jam, Rupanya Anak Anda Hadapi Situasi ‘High Need Baby’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes