Baru-baru ini, seorang gadis bernama Sobah Rajaai telah teruk dihina oleh pengguna TikTok semasa dirinya sedang membuat live makeup. Ada individu yang tidak bermoral mengutuk fizikal badannya malah lebih teruk lagi dia disamakan seperti seekor haiwan. Perkara itu telah mendapat perhatian ramai termasuk artis tempatan seperti Yuna Zarai dan Aizat Amdan.
BACA:Â [VIDEO]Hati Berkecai Isteri Anak Ajal Nahas Pesawat, Sempat Kirim Foto Bayi
Jurusolek bantu berikan sentuhan makeup ringkas…nampak lebih cantik
Rentetan daripada kejadian itu, Syakirah Syabari yang merupakan jurusolek tampil untuk membantu membuat perubahan pada gadis itu. Sesi touch up wajah Sobah Rajaai turut dibuat secara live di Facebook MUA tersebut. Dengan sentuhan makeup tersebut, wajah gadis itu tampak lebih cantik dan ayu.
Designer pakaian terkenal sponsor outfit…nampak seperti model pakaian professionalÂ
Tidak berakhir di situ, designer terkenal bernama Azzim Aziz turut menyediakan busana yang vogue kepada Sobah Rajaai sekali gus membuatkan gadis itu tampak anggun dan menawan. Secara tak langsung, hasil transformasi Sobah Rajaai tampak persis seorang model professional.
Nampak seakan Sherry Al-Hadad 2.0…dah berubah 360 darjah lebih cantik
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang mengatakan wajah Sobah Rajaai kelihatan seperti pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad. Mereka juga turut memuji kecantikan gadis itu serta berharapa agar orang yang mengutuknya dahulu dapat melihat kecantikan sebenar Sobah Rajaai.
Sumber: Twitter FayyanFreaks Instagram Azzim Aziz Facebook Syakirah SabariÂ