Datang bulan atau haid merupakan perkara biasa bagi seorang wanita. Bagaimanapun setibanya bulan Ramadan, kita sebolehnya ingin mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT tidak kira siang atau malam. Namun apabila ‘sampai seru’, pastinya rasa kecewa itu menyapa diri malahan semangat untuk beribadah juga seakan terhenti di tengah jalan.
BACA :Â Demand Isteri Layan Macam Raja, Usahlah Guna ‘Tiket’ Syurga Di Tapak Kaki Suami
Alami senggugut ekstrem & mula emosi..
Terbaharu, seorang pengendali Twitter yang mesra disapa sebagai Datin Inaz turut berkongsi pengalamannya didatangi haid sehingga menyebabkan dia mengalami ‘azab’ senggugut. Menurut wanita ini, selain merasakan tidak selesa di bahagian abdomen dia turut mengalami lenguh di paha serta kaki bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid.
5 tips bagi melegakan rasa perit senggugut..
Dalam pada itu, Inaz turut berkongsi beberapa tips dan kaedah yang sering diamalkannya bagi merawat rasa senggugut teruk. Antaranya dengan mengambil ubat atau pil mengikut kesesuaian agar dapat melegakan rasa perit tersebut. Ujarnya, bagi yang tidak gemar mengambil ubat mereka juga boleh bertungku atau tuam menggunakan beg berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan cepat.
Jangan lupa jauhkan diri dari menghubungi partner anda..
Di samping itu, mereka juga boleh lakukan urutan pada bahagian abdomen dengan menggunakan minyak panas. Malah halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut. Kongsi Inaz, halia tersebut boleh dibuat air dengan merebus dan dicampur dengan sedikit madu. Akuinya, meskipun diet juga antara perkara memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan rasa pedih yang dialami namun ia tidak berkesan kepadanya.
Sumber : Twitter datininaz