Hanya berbaki beberapa episod sahaja lagi sebelum ‘Kampung People’ melabuhkan tirai akhir, siapa menduga drama berkonsepkan kekeluargaan itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Meskipun banyak menyelitkan pelakon baru dan wajah mereka agak jarang menghiasi kaca televisyen kita, namun jalan cerita yang penuh humor menjadi kekuatan utama kepada karya Wah Hasliza Wan Zainuddin ini.
BACA :Â Kacak Persis Pelakon Thai, Watak Jaafar Dalam Kampung People Pikat Penonton
Laila broken bila Jekfer nak bertunang
Sejak episod semalam, emosi penonton seolah-olah terusik apabila watak Jaafar/Jekfer rupanya sudah mempunyai buah hati sendiri. Mana tidaknya, keserasian yang ditunjukkan sewaktu menghabiskan banyak masa bersama Laila pastinya membuat penonton beranggapan mereka saling menyimpan perasaan. Namun malang bagi gadis bandar tersebut, hatinya musnah begitu sahaja selepas menerima kad pertunangan daripada lelaki kampung itu.
Lelaki layan baik tak bermaksud ada hati
Dalam pada itu, sebuah perkongsian yang dibuat oleh individu dengan akaun Twitter Zatieeey nampaknya berjaya menarik perhatian ramai. Dia juga menyingkap mesej tersirat lain di sebalik adegan sedih itu. Meskipun Jaafar sering membantu dan memberi layanan baik dalam pelbagai hal, namun tidak bermakna lelaki itu menyimpan perasaan sepanjang mereka bersahabat. Ini sekali gus menjadi peringatan kepada golongan wanita bahawa kebaikan seseorang lelaki itu tidak wajar disalahertikan sebagai sayang atau cinta.
Jekfer tak sedar mengapa Laila berubah padahal
Tidak cukup dengan itu, kesabaran netizen semakin teruji apabila Jekfer kelihatan sangat Naif memandangkan dia tidak mengerti mengapa Laila semakin menjauhkan diri. Menjengah ke ruangan Twitter, Hun Haqeem sendiri sempat berseloroh dengan jalan cerita berkenaan.
Badrul juga yang function
Namun begitu, mujur sahaja pertemuan bersama Badrul ‘Bisu’ di warung makan kampung merungkai segala persoalan yang bermain di minda. Walaupun tidak menggunakan sebarang dialog, rata-rata nampaknya menggemari watak lelaki ini apabila dia bertindak menjadi ‘orang penting’ dalam konflik yang melanda Jekfer serta Laila.
BADRUL JUGAK FUNCTION HAHAHAHAHAH #KampungPeople pic.twitter.com/VnwXo4iBBp
— Amy | ia (@buginaeko) January 2, 2020
https://twitter.com/yuyeeees/status/1212739026282790912?s=19
Sumber : Twitter Zatieey, Amy, yuyeeees, Instagram Hun Haqeem