Berita Semasa

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Sharing is caring!

Meskipun tahun 2020 sudah memasuki bulan ketiga, namun wabak koronavirus (Covid-19) masih belum surut atau berhasil menemukan sebarang vaksin. Sebaliknya, ancaman yang dipercayai tercetus dari Wuhan Cina ini sudah menjangkiti hampir 100 ribu individu di seluruh dunia dan Malaysia pula bakal memasuki gelombang kedua tidak lama lagi. Susulan itu, masyarakat diseru agar mendapatkan rawatan secepat mungkin jika menghidap sebarang simptom berkaitan.

BACA: Malaysia Baru Nak Bebas Koronavirus, Namun Wanita Baru Balik Jepun Bawa Wabak

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’
Gambar sekadar hiasan
Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’
Gambar sekadar hiasan

Individu ke-30 hingga ke-50 positif COVID-19 kontak rapat individu ke-26

Semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melaporkan individu paling ramai disahkan positif wabak tersebut pada hari yang sama iaitu 21 orang . Lebih mengejutkan, 20 individu daripada jumlah keseluruhan setakat ini merupakan kontak rapat atau berkait rapat dengan patient ke-26. Malah KKM masih menjalankan siasatan terhadap latar belakang semua individu yang telah dijangkiti.

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Super spreader‘ di Korea Selatan telah jangkiti 37 orang

Sekitar hujung Februari lalu, insiden yang lebih kurang sama telah berlaku di Korea Selatan. Menurut portal Live Science, seorang wanita berusia 61 tahun dikatakan telah menyebarkan wabak Covid-19 kepada hampir 40 lagi penduduk daerah Daegu selepas menghadiri sebuah pusat ibadat sebelum dirawat. Individu yang turut dikenali sebagai ‘Patient 31′ itu malah ditakrifkan sebagai ‘super spreader’ atau penyebar utama susulan kejadian berikut, manakala wakil agamanya pula telah membuat permohonan maaf terbuka beberapa hari lalu.

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’
Gambar sekadar hiasan

Siapakah gerangan individu ke-26? Mesti dah jumpa ramai orang

Berita sedemikian nyata menimbulkan kebimbangan dan pelbagai kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata netizen bukan sahaja mahu mengetahui identiti individu positif ke-26 tersebut, malah ingin elak daripada pergi ke lokasi yang pernah dilawat olehnya bagi menepis risiko jangkitan. Dalam pada itu, mereka juga berharap agar semua pihak mengambil langkah sewajarnya bagi membendung wabak ini.

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Sumber: FB Kementerian Kesihatan MalaysiaLive Science

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Penyebab 20 Jangkitan Baru Covid-19, Ramai Luah Risau Fenomena ‘Super Spreader’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram