Kawasan tanah perkuburan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat nyata diselubungi suasana pilu apabila seluruh ahli keluarga, sahabat handai serta peminat bersedih tatkala melihat pemergian pelakon sinetron terkenal Ashraf Sinclair. Selain isterinya Bunga Citra Lestari (BCL), tangisan hiba anak mereka iaitu Noah Aidan Sinclair yang sempat dirakam lensa kamera sekitar petang tadi juga tular saat menelan realiti pahit bahawa bapa tercinta kini pergi buat selamanya.
BACA:Â Setia Hujung Nyawa, Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Sebelah Pusara Suami
those eyes 💔😠stay strong bcl & noah pic.twitter.com/Y0C1GabNuy
— Syuha 💋 (@berozgiGIGs) February 18, 2020
https://twitter.com/choconals/status/1229722856226902018
Kejutan ulang tahun terakhir Noah bersama Ashraf jadi tumpuan
Sejak berita pemergian Allahyarham menjadi bualan, hampir kesemua posting di laman Istagram milik suami isteri ini turut menjadi tumpuan peminat. Malah, antara moment yang paling menyentuh perasaan adalah rakaman video sempena ulang tahun kelahiran Noah pada tahun lepas. Walaupun ia tampak serba ringkas, tetapi rasa kasih sayang yang diberikan oleh Ashraf Sinclair dan BCL pada masa itu melebihi segala-galanya.
Sebak habis tonton part ni…Noah mirip sangat dengan ayahnya
Meskipun telah setahun berlalu, paparan berdurasi 35 saat itu nyata menimbulkan sebak rata-rata peminat Allahyarham dari Indonesia dan Malaysia memandangkan hari ini dia telah tiada. Menerusi ruangan komen pula, netizen malah turut memuji wajah kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tersebut sememangnya saling tak tumpah daripada bapanya sekali gus berharap agar Noah mampu menjaga ibunya pula pada masa akan datang.
Sumber: IG bclsinclair & ashrafsinclair