Viral

[VIDEO] Jihan & Nabil Gugur Air Mata Bila Ali Puteh Bongkar Tabiat Pelik Abam

[VIDEO] Jihan & Nabil Gugur Air Mata Bila Ali Puteh Bongkar Tabiat Pelik Abam

Sharing is caring!

Menghembuskan nafas terakhir sekitar minggu lalu, kisah pemergian Abam Bocey terus dirasai selain menjadi inspirasi buat orang ramai. Meskipun kita melihat Allahyarham sering melawak di pentas hiburan, seribu satu kebaikannya kini tersebar sehingga mengagumkan kita semua. Pada episod MeleTOP yang berlangsung semalam, Fad, Achey serta Ali Puteh juga telah dijemput untuk berkongsi perasaan mengenai kehilangan bermakna itu.

BACA : Ada Nyanyi Lagu Perpisahan, Tak Sangka Isteri Kehilangan Ashraf Buat Selamanya

Bochey ni semua benda share bersama (minit 3:18)

Buat pertama kalinya tahun ini, studio rancangan hiburan itu dipenuhi rasa hiba apabila Ali Puteh mendedahkan detik-detik terakhir sebelum Abam pergi buat selamanya. Terlebih dahulu, Fad mengakui sudah reda dengan pemergian sahabat baiknya itu meskipun tidak sempat melihat jasadnya buat kali terakhir memandangkan dia berada di Jepun. Tidak ketinggalan, Achey menjelaskan bahawa ukhuwah Bochey memang sungguh kuat selain menyifatkan Allahyarham Abam sebagai orang hebat.


[VIDEO] Jihan & Nabil Gugur Air Mata Bila Ali Puteh Bongkar Tabiat Pelik Abam

Aku dah penat jaga mak…Tiba giliran kau(minit 5:20)

Selain itu, Ali pula memberitahu sebenarnya Allahyarham Abam sudah menunjukkan tabiat pelik serta dialog yang sebenarnya petanda dia akan bertemu Ilahi. Setelah lama menjaga ibunya iaitu Sabariah Arshad, Abam menyuruh syurganya itu untuk tinggal dengan Ali Puteh selepas ini. Bukan sahaja berkata sudah penat menjaga ibunya, malahan dia seakan menyampaikan pesan tentang ubat-ubatan penting yang perlu diambil untuk memastikan kesihatannya di masa hadapan.

[VIDEO] Jihan & Nabil Gugur Air Mata Bila Ali Puteh Bongkar Tabiat Pelik Abam

Abam bangun jam 2.00 pagi minta mandi (minit 7:47)

Lebih mengejutkan, Abam juga pernah bangun pada jam 2.00 pagi dan menyatakan hasrat untuk mandi. Walhal dedah Ali Puteh, abangnya itu tidak pernah langsung mandi pada waktu malam. Tidak cukup dengan itu, dia sempat memotong kuku seolah-olah mahu jasadnya sudah tersedia bersih sewaktu diuruskan. Pada pagi ketika Abam sudah tidak sedarkan diri, Ali mengambil kekuatan untuk membisikkan berita pemergian tersebut ke telinga ibunya secara perlahan-lahan.


Sumber : Youtube MeleTOP


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Jihan & Nabil Gugur Air Mata Bila Ali Puteh Bongkar Tabiat Pelik Abam

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram