Utama Cinta & Perhubungan Pengakuan! Lelaki Memang Akan Pandang Paras Rupa Wanita Terlebih Dahulu

Pengakuan! Lelaki Memang Akan Pandang Paras Rupa Wanita Terlebih Dahulu

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga pasti mahukan seorang wanita untuk dibuat sebagai seorang isteri dan peneman sepanjang hayat. Selain itu, apakah kualiti yang sering dipandang atau utamakan terlebih dahulu juga sering menjadi persoalan ramai wanita kerana mereka ini jarang meluahkan. Namun menerusi tweet yang pernah ditulis oleh Zamir Mohyedin ini, dia mendedahkan suatu perkara yang agak mengejutkan.

BACA: Jangan Ingat Fasa Bercinta Ni Selalu Sweet Je, Hati Manusia Boleh Berubah..

Gambar sekadar hiasan

Hakikatnya lelaki pandang rupa dulu baru attitude (sikap)




Perkara tersebut diluahkan olehnya berdasarkan pengalaman sendiri sewaktu mengingati kembali pertemuan dengan wanita dambaannya yang kini sudah pun menjadi isteri pada Februari yang lalu. Itu adalah kayu ukur pertama yang dinilai oleh kebanyakan lelaki di luar sana sebelum mengenal hati budi dan sikap wanita yang disukainya.




Cinta ni kalau sebab rupa akan punah…sebenarnya cinta tak perlu sebab

Walaupun begitu, dia juga tidak menolak bahawa cinta yang berlandaskan perangai sahaja turut boleh menyumbang kepada masalah kerana manusia juga boleh berubah. Oleh sebab itu, setiap orang perlu menggerakkan inisiatif sendiri dalam memperbaiki kekurangan dalam sifat diri masing-masing. Selain itu, dia turut mencadangkan agar setiap couple agar biasakan diri untuk ‘bergaduh’ agar lebih mengenali baik buruk perangai masing-masing.




Sumber: Twitter zamirmohyedin




Artikel Popular