Viral

Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

Sharing is caring!

Budaya menghina rupa paras seseorang bagai menjadi budaya biasa dalam masyarakat masa kini. Pantang melihat kekurangan pada tubuh badan orang lain, ada sahaja perkara yang dijadikan bahan sindiran. Perlakuan seperti ini bukan sahaja mengguris hati seseorang malah turut memberi impak yang negatif. Begitulah situasi buruk yang dilalui oleh seorang gadis sehingga membuatkan dirinya nekad untuk melakukan transformasi mengejutkan.

BACA: Badan Disindir Macam Bangau Sebab Terlalu Slim, Nadya Syahera Akui Tertekan

Turun 36kg dalam masa 2 tahun sahaja

Menerusi portal mStar, gadis yang bernama Farah Hilado Abd Raja Reezal telah kehilangan lebih 36 kilogram dalam masa kurang dari 2 tahun. Perubahan besar itu terjadi selepas dia mengambil keputusan menurunkan berat badan setelah menerima pelbagai kutukan daripada orang sekeliling. Malah ada menggelarnya dengan beberapa nama setelah melihat rupa serta penampilan diri. 


Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

 

Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

Tak makan nasi terus dan tak minum air manis

Merasa tercabar dengan setiap cacian yang diberikan, gadis itu memulakan misi dengan mengurangkan pengambilan nasi. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak memperlihatkan hasil yang cepat. Oleh sebab itu, dirinya bertindak berhenti secara terus daripada memakan nasi dan juga mengelakkan air gas. Selain itu, dia turut menjalankan beberapa usaha lain seperti bersenam serta minum jus lemon bagi mempercepatkan lagi proses berkenaan. 

Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

Awak dah berjaya dan semua orang bangga tengok

Menerusi gambar transformasi yang telah dimuat naik oleh gadis berkenaan, ramai netizen dilihat memberi respon yang positif. Malah, mereka turut memintanya untuk berkongsi tips serta panduan untuk mencapai berat badan yang diinginkan.  


 

Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

Sumber: mStar & Twitter Hellen


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Penat Asyik Dipanggil ‘Dugong’, Gadis Hilang 36kg Dalam Masa Kurang 2 Tahun

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram