Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

17th January 2020
in Viral
Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mula heboh di laman Twitter sejak petang semalam, tindakan seorang wartawan UK bernama Katie Morley yang mengkritik rasa makanan tradisi Malaysia nampaknya mendapat perhatian ramai. Meskipun rakyat Malaysia sering memilih nasi lemak sebagai makanan yang cukup enak sekali, namun Katie mempunyai pendapat sebaliknya. Bagi wanita yang juga bergelar seorang wartawan ini, dia menyifatkan nasi lemak memiliki rasa mengecewakan.

BACA : Wartawan Overseas Mengutuk Nasi Lemak, Mat Salleh Lain Sempat Bagi Komen Pedas

Bau ikan bilis tak menyenangkan

Menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan Eropah, dia yang berada dalam pesawat selama 13 jam perjalanan menjadi ‘naik angin’ apabila makanan itu tidak menepati citarasanya selain mengkritik penggunaan ikan bilis sebagai salah satu bahan. Meskipun sering menggemari hidangan di atas pesawat, namun pengalaman yang dirasai ketika itu cukup mengecewakan dirinya sebagai pelanggan. 

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

Buat permohonan maaf terbuka

Namun sejurus menyedari tindakan beraninya memberi bad reviews kepada rasa nasi lemak mengundang kecaman netizen tempatan, dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter untuk menjernihkan semula keadaan.

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

Tak bermaksud nak mengguris hati

Mengakui tidak berniat mahu menghina rasa makanan kebanggaan rakyat Malaysia, dia juga menyebut tentang kekurangan syarikat penerbangan itu yang dirasakan menyajikan makanan tidak sedap. Bahkan Katie sempat menyimpan hasrat semoga dia dapat merasai keenakan sebenar nasi lemak suatu hari nanti.

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

 

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak
Gambar sekadar hiasan

Boleh masakkan nasi lemak…Meh datang Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen sempat menjelaskan orang Malaysia memang mudah sensitif tentang makanan mereka selain meminta maaf kepada Katie gara-gara kecaman yang dihadapinya. Tidak ketinggalan, mereka mengajak wanita luar negara itu bertandang ke Malaysia untuk mencuba sendiri makanan dengan rasa asli.

Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

Sumber : Twitter Katie Morley

Tags: katie morleyminta maafnasi lemakoverseaswartawan
Next Post
Penangan ‘Tentera Bawang’ Malaysia, Wartawan UK Minta Maaf Terkutuk Nasi Lemak

5 Tahun Belum Peroleh Zuriat, Siti Elizad Dedah Selalu Menangis Dalam Bilik Air

Beg Bahu Bergaya Korea, Trendi & Elegan!
Pembersih Fabrik & Sofa Mudah Alih - Kotor Lenyap Sekejap!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)