Sudah menjadi lumrah buat sesama adik beradik untuk saling mengambil berat antara satu sama lain. Lahir daripada rahim yang sama membuatkan hubungan itu lebih erat berbanding berbanding dengan saudara mara lain. Walau bagaimanapun, itu tidak menandakan mereka memahami perangai masing-masing dengan baik. Seperti seorang remaja lelaki ini yang meluahkan penat selepas melayan kerenah bukan-bukan daripada kakaknya.
BACA:Â Kakak Kongsi Foto Adik Raih 6A UPSR, Tapi Ramai Yang Fokus Pada Backdrop Pula
Tiba-tiba mesej mintak pendapat
Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pemuda, @aimanfiff di laman Twitter. Menerusi screenshot perbualannya bersama si kakak, dapat dilihat gadis berkenaan menghantar kiriman mesej untuk meminta pendapat selepas menghadapi kesukaran untuk keputusan memilih jenama kasut yang ingin dibeli.Â
Akhirnya buat keputusan sendiriÂ
Walau bagaimanapun, dia semakin bengang apabila perempuan tersebut kerap kali menukar keputusannya tanpa ada kata putus. Walhal pada awalnya, dia begitu semangat membantu memberikan pendapat supaya urusan tersebut lebih mudah. Akhirnya, perbualan berkenaan terhenti di tengah jalan selepas lelaki tersebut sudah tidak mahu masuk campur lagi.Â
Perempuan kalau shopping dia tak tanya mak
Susulan perbualan yang dimuat naik tersebut, rata-rata netizen yang terdiri daripada kalangan wanita bersetuju mereka sememangnya complicated. Perempuan bukan sahaja sukar membuat keputusan malah sering juga bertukar- tukar pendirian tak kira sama ada ia perkara kecil atau melibatkan hal-hal lain yang lebih penting.Â
Sumber: Twitter Aimanfiff