Pernah terjejas teruk akibat virus SARS sekitar tahun 2002 dan 2003 lalu, siapa menduga negara China sekali lagi menanggung derita apabila mereka terpaksa berhadapan dengan penularan koronavirus. Dunia juga semakin panik memandangkan wabak ini tersebar dengan cepat. Tambahan pula, sudah lebih 30,000 case dilaporkan mengenai jangkitannya sejak Disember lalu. Tidak cukup dengan itu, kini rakyat negara tersebut juga sedang kecoh dengan berita pemergian Dr Li Wenliang.
BACA :Â Viral Pasukan Hazmat Kerumun Di KLCC, Remaja Kanada Disyaki Hidap Koronavirus
Rakyat di sana sedang berkabung dan marah teruk
Sekiranya tidak pernah mendengar mengenai kisah pakar perubatan itu, mungkin anda boleh mengikuti thread yang dikongsikan oleh seorang pemuda di Twitter ini. Perkongsian panjang berkenaan adalah ringkasan kronologi case Dr Li Wenliang yang juga merupakan antara doktor pertama melaporkan tentang penularan koronavirus. Mula didedahkan menerusi aplikasi WeChat, tindakan beliau pula dikatakan boleh mencetuskan panik kepada orang awam selain didakwa menyebarkan berita palsu. Akibatnya, Dr Li ditahan oleh pihak berkuasa di sana.
Pihak polis dilihat tidak cekap menangani isu virus
Malangnya selepas seminggu dibebaskan daripada tahanan pihak berkuasa, beliau mula dijangkiti wabak koronovirus sehingga meragut nyawanya sendiri. Pemergian Dr Li Wenliang sekali gus membuatkan rakyat menjadi bengang kerana pihak berkuasa seolah-olah lambat mengambil langkah pencegahan. Mereka akhirnya mengakui tentang kesahihan mengenai wabak tersebut meskipun pernah dikatakan sebagai berita palsu sebelum ini.
Dr Li takkan dilupakan rakyat China
Meskipun sangat berduka dengan pemergian pakar perubatan itu, rakyat China terus berkabung selain menggelarkan Dr Li Wenliang sebagai ‘hero’. Di saat sesetengah pihak mengambil langkah untuk memdiamkan diri, namun beliau bertindak berani dan mendedahkan tentang kedatangan virus yang cukup menggerunkan itu.
Â
Sumber : Twitter Khairul Azri