Bagi peminat bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’, pasti masih ingat lagi pada episod yang penuh dengan konflik antara Ikram dan Manis, kan? Bahkan penangan cerita arahan Rashid Sibir ini juga ternyata berjaya mengundang pelbagai emosi. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengambil peluang untuk melakukan parodi.
BACA:Â Perginya ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ Sebenar, Episod Akhir Undang Sebak Penonton
Ni anak aku, kau jangan menyibuk la
Lakonkan semula babak memang tragis betul la
Menerusi aplikasi di TikTok, pengguna akaun @puspawangirauza telah memuat naik paparan video yang kononnya penuh dengan dramatik. Lakonan tersebut pada awalnya penuh dengan aura mendebarkan lebih-lebih lagi apabila Ikram bertindak untuk mengambil anaknya daripada Manis. Namun kemunculan Manja yang datang menyelamatkan keadaan ternyata gagal selepas rebah gara-gara dicederakan abang iparnya.
Tengah sedih, muncul pula klon Tokti menyanyi
Akan tetapi, situasi sedih itu bertukar menjadi kelakar dengan kemunculan seorang individu yang menyanyikan lagu daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza di belakang mereka. Sambil membawa baldi, penyanyi itu sempat menyidai sehelai kain pelikat sebelum berlari masuk ke rumah.
@puspagomen Parody Bidadari Kiriman Tuhan versi Dekantin @dramasangat #dramasangat #dekantin tragis betul la
Win habis, sempat pula tu sidai kain pelikat
Lakonan yang penuh dengan kreatif dan lucu itu berjaya membuatkan rata-rata netizen berasa terhibur. Selain itu, mereka juga berseloroh kononnya ‘geram’ dengan kemunculan penyanyi latar dalam babak berkenaan.
Sumber: TikTok puspawangirauza