Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

16th March 2023
in Artis
Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab
628
SHARES
3.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Pada 14 Disember tahun lalu, pelakon cantik Julia Farhana sah bergelar isteri kepada seorang doktor iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Tetapi kali ini, nama Julia Farhana sekali lagi menjadi perhatian dan bualan hangat ramai di media sosial selepas tindakannya memadam kesemua gambar dan video yang memaparkan dirinya tidak berhijab di laman Instagram miliknya.

Julia Farhana dah berhijab, semakin cantik

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

Menerusi satu perkongsian video kempen di Instagram, Julia memberitahu ketika penggambaran rakaman tersebut dilakukan, dirinya masih belum berhijab. Ujar Julia lagi, hantaran tersebut bagi memenuhi tuntutan kerja yang telah dipersetujui lebih awal sebelum dia berhijrah.

Padam gambar tak bertudung, sudah berhijrah

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

Perkara tersebut sekaligus mengesahkan bahawa pelakon berusia 29 tahun ini sudah berhijrah dengan berhijab sepenuhnya. Hasil pemerhatian mendapati pelakon kacukan Melayu-Itali ini hanya hanya membiarkan beberapa gambarnya yang tidak menampakkan aurat serta rambut dan foto selebihnya sudah dipadam.

Rakan artis, peminat puji kecantikan Julia berhijab

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

Sementara di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan para peminat tidak henti-henti memuji kecantikan dan keayuan Julia selepas tampil mengenakan hijab. Dalam kesempatan itu, mereka turut berdoa agar pelakon ini terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna selain mendoakan agar Julia menjadi seorang isteri dan wanita solehah. Mereka turut mendoakan kebahagiaan buat rumah tangga Julia dan suami.

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

Sumber: Julia Farhana

Tags: artishijabjulia farhanaTutup Aurat

Related Posts

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab
Artis

Bagi Kenyataan Tanpa Hujah, Adik Ipar Diana Danielle Persoal Punca Anak Trauma?

29th March 2023
Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab
Artis

Dipujuk Namun Tak Dilayan, Diana Tetap “Kekal” Dengan Tindakan Tak Nak Berbaik

28th March 2023
Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab
Artis

Farid Ambil Langkah Cuba Memujuk, Diana Tepis Dakapan Tanda Tidak Mahu Berdamai

28th March 2023
Next Post
Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

Mahir Berbahasa Isyarat, Song Ji Hyo Berjaya Menyentuh Hati Peminat

BAJU KURUNG

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)