Viral

Nyanyi Lagu P Ramlee Buat OKU, Tapi Reaksi Balas Kepada Lelaki Ini Bikin Sebak!

Nyanyi Lagu P Ramlee Buat OKU, Tapi Reaksi Balas Kepada Lelaki Ini Bikin Sebak!

Sharing is caring!

Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan golongan yang perlu diberikan perhatian. Mereka juga ingin rasa disayangi sama seperti orang lain. Oleh sebab itu, kunjungan ke pusat penjagaan OKU merupakan salah satu inisiatif terbaik untuk menunjukkan masyarakat masih peka dengan golongan seperti ini. Terbaharu, seorang pemuda ini telah tular di Twitter apabila video dia berkunjung menyanyi dan menghiburkan OKU di sebuah pusat jagaan menjadi tumpuan. 

BACA: Merangkak & Lumpuh Dari Pinggang Ke Kaki, Sebak Lihat Lelaki Ini Cari Rezeki

Video berdurasi 22 saat itu telah memaparkan seorang lelaki ini menyanyikan lagu popular seniman tersohor, Allahyarham P Ramlee kepada seorang wanita semasa lawatan komuniti ke pusat jagaan OKU. 

Reaksi wanita itu

Tambah menyentuh perasaan kerana wanita itu kelihatannya begitu fokus dengan nyanyian tersebut, malah dia juga amat meminati Allahyarham. Perkara itu telah menjadikan moment itu lebih indah dan ceria. 

Nyanyi Lagu P Ramlee Buat OKU, Tapi Reaksi Balas Kepada Lelaki Ini Bikin Sebak!Kongsi pengalaman

Disebabkan posting tersebut, ada netizen turut berkongsi pengalaman mereka melawat ke pusat jagaan orang tua di kawasan masing-masing. Ternyata, nyanyian lagu P Ramlee merupakan salah satu acara yang selalu dilakukan untuk menghiburkan golongan seperti ini.

Di bahagian komen, netizen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan. Selain memuji kelunakan suaranya, netizen juga memuji niat lelaki tersebut yang sudi menyanyi untuk menghiburkan OKU di sana. Keseluruhannya, tweet tersebut telah mendapat lebih 8 ribu retweets dan 13 ribu likes setakat ini.

Semoga Allah memberkati

Nyanyi Lagu P Ramlee Buat OKU, Tapi Reaksi Balas Kepada Lelaki Ini Bikin Sebak!

Kita yang dengar pula rasa nak tidur

Nyanyi Lagu P Ramlee Buat OKU, Tapi Reaksi Balas Kepada Lelaki Ini Bikin Sebak!

Sumber: Twitter Meltqeen & amerashahiraa

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Nyanyi Lagu P Ramlee Buat OKU, Tapi Reaksi Balas Kepada Lelaki Ini Bikin Sebak!

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram