Penyanyi duo ini pernah menggegarkan industri muzik dengan nyanyian yang mengagumkan di pentas Anugerah Juara Lagu 32 dengan lagu ‘Aku Cinta’. Sejak daripada itu, Ernie Zakri dan Syamel turut berganding bersama dalam beberapa lagi karya lagu. Terbaru, mereka telah menjayakan persembahan khas bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sempena majlis ulangtahun perkahwinan ke-13 penyanyi nombor satu Malaysia itu. Namun menariknya, moment spontan Ernie yang kelihatan seperti ingin memegang tangan Syamel telah menjadi perhatian ramai.
BACA: Please Nak Nenen- Lebih 4K Komen Dalam Sejam, Ramai Cair Tengok Siti Aafiyah
Tangan Ernie menyentuh Syamel
Dalam video berdurasi seminit itu, Dato’ Siti, Mark Adam bersama Ernie serta Syamel sedang menyampaikan lagu daripada Mariah Carey dan Boyz II Men bertajuk ‘One Sweet Dream’. Entah apa yang cuba dilakukan oleh Ernie ketika bahagian chorus lagu tersebut, tangannya sempat menyentuh Syamel beberapa kali.Â
Paling menghiburkan adalah reaksi Syamel yang disentuh oleh Ernie. Dia seakan-akan menepis beberapa usikan daripada penyanyi wanita itu sebelum meneruskan nyanyian seperti biasa. Walaupun begitu, ternyata wajah pelik penyanyi ini selepas moment tersebut telah mengundang sedikit kelucuan.Â
Eh macam nak pegang tangan je..
Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi oleh peminat. Selain memuji kemerduan suara keempat-empat penyanyi hebat itu, ternyata babak ‘sweet’ Ernie dan Syamel turut menjadi bualan rata-rata netizen di bahagian komen posting itu. Keseluruhannya, video persembahan tersebut telah memperoleh lebih 140 ribu tontonan dan lebih 19 ribu sukaan setakat ini.Â
Sumber: Instagram ctdk