Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk

23rd November 2019
in Cinta & Perhubungan, Viral
Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk
604
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Isu ‘suami biawak hidup’ bukan lagi hal yang pelik di kalangan masyarakat kita sekarang. Bukan sahaja di alam realiti, malahan hakikat berkenaan banyak juga diadaptasikan menerusi drama-drama di televisyen. Siapa menyangka niat baik isteri yang mahu membantu kewangan keluarga akhirnya dipergunakan apabila ada suami mengabaikan tanggungjawab utamanya selaku ketua keluarga. Sebenarnya, gaji isteri yang lebih tinggi tidak seharusnya dijadikan ‘tiket’ mudah untuk para suami lepas tangan. 

BACA : Wanita Pitam Masa Kerja Tapi Gagal Dapat MC, Bila Tahu Sebabnya Ramai Simpati

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk
Gambar sekadar hiasan

Halang kahwin sebab kerja suami lebih rendah

Mungkin ada di antara kalian sendiri atau orang terdekat yang berada dalam dilema berkenaan. Meskipun tidak wajar berlaku, namun itulah yang banyak terjadi sekarang. Menerusi Twitter seorang wanita bernama Siti Najihah Hussin, dia juga sempat menceritakan semula sebuah kejadian seakan sama dengan isu berkenaan yang didengari menerusi radio. Katanya, hasrat seorang wanita yang mahu berkahwin dengan lelaki tidak sekufu mula mendapat bantahan ibu bapanya.

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk
Gambar sekadar hiasan

Wanita berhak dan wajib memilih

Walaupun tidak mendapat restu keluarga, wanita itu meneruskan impian mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya. Namun kemudian, dirinya mula menyesal kerana suami bergaji rendah itu tidak banyak menyumbang dalam kewangan keluarga jika hendak dibandingkan dengan isterinya tadi. Bagai nasi sudah menjadi bubur, situasi berkenaan tidak boleh diputarkan semula. Mungkin sebab itulah, perihal memilih teman yang sekufu sering kita dengarkan dalam aturan agama.

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk
Gambar sekadar hiasan

Bila dah jadi mak ayah atau suami isteri, kena kreatif

Di penghujung perkongsian pendapat daripada Najihah sendiri, dia menegaskan bahawa perkahwinan ini merupakan satu komitmen yang sangat besar. Sebelum mengikat tali pernikahan, banyak aspek perlu dipertimbangkan agar tidak menyesal di kemudian hari seperti kisah di atas tadi.

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk

Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Siti Najihah Hussin

Tags: gaji rendahisterikahwinkeluargamenyesalrestusuamiwanita
Next Post
Nikahi Lelaki Gaji Rendah Walau Mak Tak Restu, Akhirnya Sendiri Menyesal Teruk

Kakak Kongsi Foto Adik Raih 6A UPSR, Tapi Ramai Yang Fokus Pada 'Backdrop' Pula

Set Raya Bergaya dengan Sulaman & Bunga Eksklusif
Kurung Moden Santai untuk Penampilan Elegan

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)