Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban

10th August 2019
in Inspirasi, Viral
Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam kita sibuk melakukan persiapan raya yang hanya tinggal sehari saja lagi, terdapat satu kisah yang cukup menginsafkan tular di media sosial. Hari Raya AidilAdha tahun ini merupakan detik yang cukup bermakna buat seorang warga emas yang dikenali sebagai Nenek Sahnun menetap di kota Mataram, Indonesia. Walaupun cuma seorang pemungut sampah, tetapi dia berpeluang melakukan ibadah k0rban hasil daripada wang simpanan yang diperoleh menerusi jualan barang kitar semula.

BACA: “Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban

Beri sumbangan jumlah 10 juta Rupiah sempena Hari Raya

Menurut portal KOMPAS.com, kisah wanita berusia 60 tahun tersebut telah tular apabila dia sudi memberi sumbangan sejumlah 10 juta Rupiah atau bersamaan hampir RM3 ribu kepada sebuah madrasah bersempena hari perayaan tersebut. Ketika ditemuramah, dia hanya memaklumkan bahawa perkara tersebut sudah menjadi impiannya sejak sekian lama lagi.

Jalan sejauh 3 kilometer setiap hari demi sara diri..

Saban hari, Nenek Sahnun akan keluar mencari rezeki dengan mengutip bahan-bahan terbuang yang boleh dijual semula demi kelangsungan hidupnya. Dia malah sanggup berjalan kaki sejauh 3 kilometer jika rezekinya pada hari tersebut belum memadai, sebelum tumpang tidur di mana-mana lokasi yang selamat. Dia turut memberitahu bahawa dia suka melakukan pekerjaan tersebut kerana tidak perlu runsing dengan banyak perkara lain.

Gara-gara kebaikannya…ditawarkan pakej umrah

Ternyata hasrat mulianya dalam mengumpul wang sejumlah itu selama 5 tahun telah menyentuh hati pihak madrasah tersebut serta masyarakat Islam di seluruh dunia. Terbaru, Nenek Sahnun memperoleh satu lagi berita gembira apabila dia ditawarkan pakej umrah oleh sebuah agensi perkhidmatan Umrah dan Haji dari Jakarta.

Menurut wakil syarikat terbabit, pihak mereka terinspirasi dengan semangat yang ditonjolkan olehnya demi jalan Allah dan membahagiakan orang lain. Warga emas tersebut dijangka bertandang ke Tanah Suci pada November ini bersama-sama beberapa pengiring memandangkan kondisinya yang agak membimbangkan.

Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban

Rupanya kaki digigit anjing sebelum terima hadiah..

Awalnya, majlis penyerahan hadiah tersebut berlangsung di madrasah yang pernah diberikan sumbangan itu. Namun mereka terpaksa melakukannya di sebuah warung pula kerana difahamkan bahawa kaki kanan nenek Sahnun telah digigit anjing liar ketika mengutip botol plastik. Walaupun menganggap itu dugaan biasa sewaktu melakukan kerja harian, pihak syarikat itu terus membawanya ke pusat rawatan terdekat untuk mengambil suntlkan anti-rabies.

Sumber: YouTube KOMPAS & YOY Network

Tags: 3 ribuaidiladhahari rayainspirasilembuNenekpengutip sampahviral

Related Posts

Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Nenek Pengutip Sampah Jadi Inspirasi, Sumbang RM3 Ribu Demi Ibadah K0rban

"You So Sweet"- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)