Viral

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Sharing is caring!

Setiap orang pastinya memiliki barangan peninggalan terakhir yang diterima sebelum ahli keluarga menghembuskan nafas terakhir. Tidak kiralah betapa buruk atau murahnya barang-barang berkenaan, namun ‘sentimental value‘ yang wujud memang tiada ganti dan sebab itulah si pemilik akan benar-benar menghargainya. Andai kata barang berkenaan hilang, pastinya perasaan sedih akan dirasai membayangkan segala kenangan terakhir lenyap begitu sahaja.

BACA : Cikgu Hadiahkan Duit Sebab UPSR Dapat 6A, Tapi Lain Pula Yang Dibuat Murid Ini

Nak bagi free saja kepada pemiliknya

Baru-baru ini di media sosial juga, seorang wanita telah membuat hebahan tentang wang ringgit bernilai RM10 yang kelihatan berharga sekali. Perkara itu dihebahkan menerusi Facebook Hyza Ezany sendiri selepas dia membaca tulisan yang terkandung di atas permukaan wang berkenaan. Siapa menduga niat baiknya itu mendapat perhatian apabila rakyat Malaysia mula berkongsikan semula posting tersebut sebanyak 25,000 kali.

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Ini wang tunai terakhir yang diberikan oleh Ayah iaitu pada tarikh 21 Mei 2010. Saya sayang kamu, Ayah.


Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Dompet hilang tak sedih tapi saya sedih duit tu hilang

Kini dengan kuasa viral, akhirnya misi berkenaan berjaya apabila pemilik sebenarnya bernama Anne Malar Yesudass kini tampil mengambil semula barang tersebut. Gadis berbangsa India ini sempat juga mendedahkan tragedi si sebalik wang berharga itu. Rupanya, itulah duit terakhir yang diberikan oleh mendiang ayahnya sebelum terlibat dengan kecelakaan jalan raya pada 2010. Malangnya pada 2018 pula, dompetnya telah hilang akibat dicuri dan sejak itu dia sangat bersedih dengan kehilangan berkenaan.


Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Disember saya penuh dengan doa ikhlas

Berbalik kepada wanita berhati mulia yang sudi berkongsikan tentang info tersebut terlebih dahulu, Hyza juga bersyukur kerana dapat menemui pemilik sebenar wang tersebut. Mengenangkan semula kisah ini, dia juga merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada netizen yang banyak mendoakan dirinya sejak informasi itu menjadi viral.

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Sumber : Facebook Anne Malar Yesudass, Hyza Ezany


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram