Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya

28th March 2020
in Viral
Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Meskipun tidak berjaya menggondol 3 kedudukan utama, namun rezeki tetap berpihak kepada Haqiem Rusli selepas dia meraih ‘Anugerah Pilihan Peminat Setel’. Mempertaruhkan lagu balada berjudul ‘Lembah Kesepian’, dia tampil membawakan pelakon terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor untuk menyempurnakan persembahan pada malam tersebut. Dengan dendangan puisi penuh makna beserta alunan seruling, persembahan itu membuatkan penonton terbuai dengan emosi.

BACA : Upload Gambar Konsert, Haqiem Rusli Dipuji Sebab Gigih Sorok Aurat Peminatnya

Menusuk kalbu hingga Ramlah Ram nangis

Tidak ketinggalan, kamera juga berjaya merakam kelibat Ramlah Ram yang sudah menitiskan air mata tatkala menyaksikan lakonan pendek daripada Haqiem Rusli bersama pelakon tersebut. Lebih menarik lagi apabila penyanyi muda ini sempat melutut untuk menahan ‘si ayah’ pergi sebelum menyambung persembahannya dengan suara luar biasa.

https://www.youtube.com/watch?v=yF9wUZUDAp4&feature=youtu.be

Sangat berbakat…Nyanyi pun ada feel

Dalam pada itu, Michael Ang menerusi Twitternya sempat juga memberikan sedikit komen pendek mengenai prestasi yang ditunjukkan oleh Haqiem Rusli. Pengarah ini memberikan pujian melambung khususnya dari segi penjiwaan lagu serta lontaran vokal. Meskipun sering memberikan kritikan sebelum ini, namun dia tidak menafikan bakat penyanyi tersebut.

Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya

Geng solat…Allah luaskan rezeki dia

Kenyataan Michael Ang turut mendapat retweet daripada artis wanita iaitu Hanez Suraya dan Nourul Depp. Tanpa dijangka, dia mendedahkan satu sisi lain Haqiem Rusli yang mungkin jarang kita dengari sebelum ini. Bukan sahaja hormat pada orang tua, malahan dia taat menunaikan solat meskipun sibuk dengan kerjayanya dalam sesuatu masa.

Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya

Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya

Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya

Sumber : Youtube TV3MALAYSIAOfficial, Twitter Michael Ang & Hanez Suraya,

Tags: hanez surayahaqiem ruslikantoikanlembah kesepianMichael Ang
Next Post
Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula ‘Kantoikan’ Perangai Sebenarnya

[FOTO] Hampir Tak Kenal, A. Aida Mengaku Dah Cabut Tudung Beberapa Bulan Lepas

Hijab Instant Mewah & Selesa dari Lycra Korea
Pembersih Serbaguna untuk Karpet & Sofa - Bersih Kilat!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)