Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

7th August 2019
in Cinta & Perhubungan
Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sebak. Sayu. Itulah yang dirasai netizen selepas menonton video detik perpisahan antara Datin Shahida dengan anak-anak dan suaminya sebelum berangkat mengerjakan ibadah haji buat kali kedua. Video berdurasi lebih tiga minit yang dikongsikan Dato’ Aliff Syukri di Instagramnya itu memaparkan suasana pilu yang membelenggu keluarga mereka semasa mengiringi pemergian Datin Shahida di lapangan terbang.

BACA: “Kalau Zulfarhan Masih Hidup, Saya Nak Minta Maaf Sebab Gagal Selamatkan Dia..”

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Pada mulanya, hanya Ibrahim sahaja yang menangis ketika bersalaman dan berpeIukan dengan ibunya manakala kakak dan abangnya, Qadejah dan Ammar Ahyan kelihatan tenang sahaja sambil cuba menahan tangisan. Namun, tangisan ketiga-tiga mereka akhirnya pecah sebelum ditenangkan oleh Aliff Syukri gara-gara melihat Datin Shahida melepasi balai berlepas dan melambaikan tangan ke arah mereka dari jauh. 

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Semoga kandungan baby dan wife saya selamat

Sejak dikongsikan 19 jam yang lalu, video ini meraih hampir 600 ribu tontonan serta 2 ribu komen netizen yang berbaur sebak. Hati mereka bagai disayat pilu tatkala menyaksikan detik-detik perpisahan itu lebih-lebih lagi ketika melihat Ibrahim, Qadejah dan Ammar Ahyan menangis. Bukan sahaja anak-anak, malah Dato’ Aliff Syukri juga kelihatan sedih ingin berpisah dengan isteri tercinta dalam tempoh yang lama sehinggakan boleh dilihat dalam video itu dia telah bersalaman dan berdakapan dengan isterinya berulang kali. 

https://www.instagram.com/p/B005TeCn2HO/

Sedih plak tengok, tak pasal lap air mata

Berpisah selama lebih sebulan pastinya memberi satu cabaran besar buat anak-anak ini kerana mereka masih dalam fasa membesar yang memerIukan perhatian penuh ibu bapa. Rata-rata netizen yang sedih menonton video itu telah mendoakan agar semunya berjalan lancar dan berharap mereka diberi kekuatan menghadapi perpisahan sementara ini. 

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Sebak rasanya tengok Baem

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Yusuff mesti pelik tengok abang2 nangis

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Buat Baem lagi sedih

Berikut adalah video terbaru di Instagram Ibrahim, memaparkan keadaan terkininya selepas sehari pemergian Datin Shahida. Ternyata, Baem masih lagi bersedih dan rasa rindu terhadap mamanya selepas menonton semula video perpisahan mereka. 

View this post on Instagram

A post shared by Ibraheem Adham (@baemadham_terlajaklaris)

Saya yakin Allah jaga mereka untuk saya

Difahamkan Datin Shahida telah mengerjakan haji bersama ibu mertuanya, Bonda Rozita dan beberapa lagi ahli keluarga yang lain. Sebelum ini dia juga ada meluahkan perasaan sedih dan berat hati ketika hendak meninggaIkan keluarganya dalam tempoh yang lama.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Terima kasih suami beri saya izin pergi

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris, shahidadherbs

Tags: anakbuat hajiDatin ShahidahibamamameraungnangisPerpisahansayangsayuSebaksedihviral
Next Post
Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

"Kenapa Comel Sangat?" - Ragam Si Cilik Buat Ujikaji Sains Ini Cuit Hati Ramai!

Baju Cantik 3 Lapis dengan Corak Eksklusif
Kamera Studio 50MP, Kuasa Tahan Lama – Smartphone Hebat!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)