Makin Besar Makin Mengundang Bahana, Sila Fikir Masak-Masak Sebelum Beli TV LCD

Televisyen boleh dikatakan sebagai eleman wajib yang akan diletakkan dalam ruang tamu kediaman. Suatu ketika dahulu, reka bentuk televisyen adalah lebih besar dan sangat berat jika hendak dibandingkan dengan zaman kini. Industri sekarang dilihat giat menghasilkan produk televisyen jenis canggih dan berteknologi tinggi. Meskipun sifatnya berkaca dan ringan untuk diangkat, namun paparan yang ditayangkan menerusi televisyen ini lebih menarik dengan gambar berdefinisi tinggi (HD).

BACA : Lelaki Ini Dedah Situasi Dalam Kilang Kain, Wajib Basuh Baju Baru Sebelum Pakai

Gambar sekadar hiasan

Rupanya televisyen LCD mempunyai keburukan

Advertisement

Tidak dinafikan, paparan skrin televisyen nipis ini memberikan kita pengalaman menonton yang lebih memuaskan. Malangnya, ia juga mempunyai keburukan dan menerusi perkongsian oleh saudara Mohd Fhais menerusi Facebooknya, dia mendedahkan sedikit sebanyak informasi yang wajib anda ketahui tentang perkakas moden ini.

Gambar sekadar hiasan

Makin besar tv, makin jauh kena letak

Salah satu aspek yang sangat ditekankan adalah jarak kedudukan televisyen dan penonton. Mungkin kita sebagai orang dewasa tidak merasai kesan menonton televisyen secara dekat. Namun lain pula bagi kanak-kanak kerana mata sensitif mereka akan menerima impak besar. Oleh itu, ibu bapa harus lebih peka dengan jarak sesuai bagi meletakkan perkakas berkenaan agar dapat mengurangkan kesan sampingan terhadap penglihatan.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Tv mesti selari dengan arah pandangan mata

Selain jarak, komposisi iaitu kedudukan untuk meletakkan alat elektronik juga perlu diambil tahu. Tidak cukup dengan mata yang boleh menjadi rosak akibat pencahayaan daripada skrin LED berkenaan, leher juga berisiko besar merasai keburukannya. Salah satu usaha yang boleh dibuat untuk menangani kesan berkenaan daripada berlaku pada anak anda adalah menjaga masa mereka menonton televisyen.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Mohd Fhais

Advertisement
Advertisement