Walaupun pernah menyatakan hasrat mahukan cahaya mata perempuan selepas ini, penyanyi terkenal Hafiz Suip nyata tetap bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah SWT selepas mendapat tahu bakal menyambut kelahiran hero kedua. Jantina anak dalam kandungan itu didedahkan olehnya dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah ketika majlis baby shower dan beberapa gambar kehamilan di laman sosial masing-masing sejak beberapa hari lepas.
BACA:Â 4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis
Selamat datang ke dunia anakku..
Pada tanggal 1 Mac hari ini, wanita jelita berusia 27 tahun tersebut telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua mereka sekitar petang tadi. Hafiz atau nama penuhnya Mohd Hafiz Mohd Suip berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadinya dengan memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan tangan kiri si kecil tersebut.
Kehamilan pernah jadi tumpuan sewaktu AJL 34
Terdahulu, kehamilan kedua Nureffy menjadi perhatian ramai apabila membuat penampilan bersama penyanyi kelahiran Sarawak itu di pentas AJL 34 pada bulan lepas. Siapa sangka, persembahan yang cukup romantis itu turut membolehkannya meraih kemenangan dalam kategori Anugerah Persembahan Terbaik serta Vokal Terbaik. Mereka berdua bernikah pada 14 Mei 2016 yang lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Muhammad Riyadh Zafri setahun yang kini bakal menjengah usia 3 tahun.
https://www.youtube.com/watch?v=x3JH5V_JPB8&feature=youtu.be
Sumber: IG hafizsuip, & YouTube TV3MALAYSIA Official