Viral

“Macam Baru Semalam Kita Lepak Sama-Sama, Bangunlah, Kau Kuat…Aku Sayang Kau”

Menghabiskan masa bersama dalam satu tempoh lama mampu membuatkan hubungan sesama rakan menjadi sangat erat bagaikan sebuah keluarga. Bahkan apabila ada yang ditimpa musibah, masing-masing mulai risau dan turut bersedih sama dalam situasi berkenaan. Begitulah keadaan yang sedang dilalui oleh sekumpulan sahabat kepada pemuda bernama Pian selepas dia terlantar selepas terlibat nahas jalan raya. Kisah itu mula dikongsikan ke Twitter sejak semalam sehingga meruntunkan jiwa ramai.

BACA : Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak Disahkan Lumpuh

Macam semalam baru kita lepak sama kan?

Advertisement

Melihat kepada perkongsian para sahabat yang sudah menjadi viral itu, mereka meminta doa orang ramai agar Pian dapat kembali sembuh seperti biasa. Difahamkan, pemuda itu sedang koma di sebuah pusat rawatan selepas bertembung dengan sebuah kereta sewaktu berada di atas jalan raya. Bukan sahaja rakan-rakan, malahan ibunya sendiri juga berharap nama anaknya itu diselitkan dalam doa-doa kita semua selepas menunaikan solat.

Doktor sahkan organ penting Pian dah kecut

Advertisement

Dalam pada itu, keadaan pemuda berkenaan juga dikatakan semakin kritikal apabila organ pentingnya terjejas teruk sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin untuk bernafas. Lebih pilu lagi, doktor telah mengesahkan bahawa peluang untuk dia sembuh kembali adalah sangat nipis. Walaupun tidak begitu rapat dengan Pian, namun pemuda kedua yang berkongsikan tentang berita sedih ini turut terkesan dan berharap orang ramai tidak berhenti menitipkan doa.

Advertisement

 

Sumber : Twitter Ali, vcnaalattas

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram