Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda

19th November 2019
in Keibubapaan, Tips
Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda
592
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Ketika anak-anak masih kecil, ibu bapa seharusnya memastikan tumbesaran mereka berjalan dalam proses yang baik. Bukan sekadar cukup makan atau pakai semata-mata, malahan ibu bapa perlu merangsang anak-anak dari segi pergerakan dan juga perkembangan minda. Selain membelikan barang permainan yang kadangkala mahal harganya, tahukah anda terdapat satu cara lebih jimat yang mampu memberikan impak positif kepada anak anda?

BACA : [VIDEO] Confident Dah Tak Nak Hisap Puting, Tapi Bila Dibuang Tunjuk Drama Pula

Anak suka main sticker? Ia satu benda yang sangat bagus

Benda yang dimaksudkan adalah kertas pelekat atau bahasa mudahnya, sticker. Mungkin anda sendiri agak terpinga-pinga apabila pelekat dikatakan sebagai benda yang memberi impak kepada anak kita. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya dan hal tersebut mula dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Najmi Nawawi menerusi Facebooknya sehingga dikongsikan beribu kali.

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda
Gambar sekadar hiasan

Untuk sesetengah anak, sangat sukar walaupun pegang hujung kertas

Menurut lelaki ini, terdapat 5 kebaikan utama mengapa ibu bapa wajar memberikan sticker kepada anak mereka. Mungkin pelekat tersebut nampak seperti benda biasa untuk orang dewasa seperti kita. Namun bagi kanak-kanak sendiri, ia boleh menjadi satu cabaran lebih-lebih lagi kalau hendak mencabut pelekat yang terlalu halus. Daripada kesukaran itulah sebenarnya melatih sensori halus mereka agar dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda
Gambar sekadar hiasan

Latihan yang baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan

Ketika mencabut pelekat berkenaan, secara tidak langsung koordinasi tangan serta daya visual anak-anak akan dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana aktiviti mencabut dan menambal ini membuatkan kanak-kanak lebih fokus ketika mereka menggunakan tangan kiri kanan dan penglihatan khususnya.

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda

Jangan pandang rendah terhadap sticker

Tidak cukup dengan itu, daya sensori anak-anak juga menjadi lebih cekap rentetan berlakunya persentuhan dengan tekstur sticker yang pelbagai. Tidak sekadar didedahkan dengan pelbagai tekstur, malahan aktiviti ini dapat menyelasaikan masalah kekeliruan anak yang masih tidak dapat membezakan di antara kiri dan juga kanan. Kesimpulannya, aktiviti ini sememangnya dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada tumbesaran kanak-kanak.

Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda

Sumber : Facebook Najmi Nawawi

Tags: anakotakpelekatperkembangansticker
Next Post
Lupakan Alat Mainan Yang Mahal, Rupanya Sticker Sangat Bagus Untuk Anak Anda

Ben Amir Tunai Janji Jumpa Peminat OKU Yang Lukis Potret Wajahnya

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)