Ben Amir Tunai Janji Jumpa Peminat OKU Yang Lukis Potret Wajahnya

Baru-baru ini, tular beberapa foto lukisan potret memaparkan wajah aktor terkenal iaitu Ben Amir. Uniknya, karya tersebut dihasilkan oleh seorang peminat setianya juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana tumbesaran terbantut yang bernama Nur Fariza Abu Hassan sehingga meraih perhatian tuan badan sendiri. Sebelum ini juga, pelakon drama ‘Sweet Dreams’ itu telah meminta nombor telefon wanita itu kerana berminat untuk membeli lukisan yang kelihatan ‘real’ berkenaan.

BACA : Lukisan Potret ‘Real’ Habis, Wanita OKU Ini Tak Sangka Ben Amir Balas Nak Beli

Ambil masa 2 minggu nak siapkan

Advertisement

Menerusi satu portal hiburan, Fariza ada memberitahu bahawa dia mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkannya kerana perlu teknik yang teliti. Melalui perkongsian adiknya di Twitter juga, wanita berusia 34 tahun ini sangat ‘angau’ dengan Ben Amir sehingga melihat hasil lukisannya sambil menongkat dagu.

Advertisement

Saya pasti akan gantungkan di dinding

Terbaru, Ben Amir telah memuat naik beberapa foto di laman Twitter miliknya. Apa yang menariknya adalah pelakon berusia 29 tahun tersebut telah menemui peminat setianya itu di rumah. Menurut posting tersebut, Ben Amir turut berharap agar usaha yang dilakukan oleh Fariza mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Malah dia juga berjanji akan menggantungkan lukisan itu di dinding.

Advertisement

Advertisement

Alhamdulillah, terima kasih Ben sebab gembirakan dia

Tindakan mulia yang dilakukan oleh aktor tersebut ternyata telah meraih perhatian ramai lalu membanjiri ruang komen. Rata-rata netizen memuji tindakannya tunai janji untuk bertemu dengan peminat setianya itu dan mendapatkan lukisan potret yang kelihatan ‘real’ itu.

Advertisement

Sumber : Twitter BenAmirr

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement