Jika dahulu, moment pengantin di hari ijab kabul biasanya akan dirakam di lokasi akad nikah atau paling tidak pun berlatar belakang suasana di taman mahupun di tepi pantai. Namun sejak wujudnya pelbagai gajet dan media sosial sekarang, bermacam-macam tema menarik boleh ditampilkan masa kini. Boleh dikatakan jurugambar atau juruvideo pada masa kini sememangnya cukup kreatif termasuklah sepasang pengantin yang boleh diibaratkan seperti merpati dua sejoli ini.
BACA: [VIDEO] Ramai Terkejut Kek Kahwin Zahirah & Aiman Terbalik, Bukan Biasa-Biasa
Surprise pengantin dengan video kahwin…reaksi mereka tak ternilai
Beberapa hari lepas, pengacara rancangan ‘Go Shop’ iaitu Hazim Shauki telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Joanna Ramdzan. Sewaktu diraikan sebagai raja sehari di majlis resepsi, siapa sangka wakil juruvideo mereka berhajat untuk melakukan sebuah kejutan yang sangat tak disangka-sangka. Tatkala mereka duduk bersama di meja santapan, pengantin sama cantik dan sama padan ini tidak dapat menahan sebak apabila menonton kembali detik pernikahan bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
I surprise my bride & groom with their wedding film. Their reaction is priceless 🥰 pic.twitter.com/dYsasfC6dH
— Firdaus Zulfaa (@firdauszulfaa) March 2, 2020
Masa landing dagu atas wife tu sweet…ikut sebak
Paparan video yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Ahmad itu nyata mendapat perhatian ramai pihak sekali gus meraih lebih 30 ribu retweets setakat ini. Selain babak sweet itu dicemburui, rata-rata netizen juga terharu apabila melihat gelagat hos TV berkenaan meletakkan dagunya ke arah bahu isteri tercinta sambil menenangkannya. Dalam pada itu, video penuh sesi pernikahan tersebut juga membuatkan ramai sebak gara-gara banyak dihiasi oleh paparan dan kata-kata yang cukup indah daripada pengantin ini.
Sumber: Twitter firdauszulfaa & IG