Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Teknologi

Lepas Diketuk Terus Boleh Guna Balik, Rupanya Ini ‘Rahsia’ Di Sebalik Remote TV

9th November 2019
in Teknologi
Lepas Diketuk Terus Boleh Guna Balik, Rupanya Ini ‘Rahsia’ Di Sebalik Remote TV
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sedar mahupun tidak, sebenarnya kita semua berkongsikan pelbagai perangai serupa yang sering dibuat di rumah. Salah satunya adalah mengetuk alat kawalan jauh ketika menonton televisyen sekiranya ia gagal berfungsi. Kalau tak percaya, tanya sajalah pada orang sekeliling anda. Pasti mereka juga meluahkan hal sama. Sekian lama kita mengetuk alat tersebut, tapi pernahkah anda terfikir bagaimana kaedah ‘ketuk-ketuk’ tersebut begitu berkesan dalam mengembalikan semula fungsi remote berkenaan?

BACA : Sedih Tengok Kawan Masih Gigih Usaha Cari Kerja, Fresh Graduate Ini Kongsi Tips

Bateri dalam remote tidak kerap ditukar

Sebenarnya, fakta hal itu pernah dikongsikan menerusi portal ‘Science ABC’ dan mungkin boleh menambahkan pengetahuan anda. Jika diperhatikan betul-betul, bateri yang digunakan dalam alat kawalan jauh jarang ditukar kerana ia bergantung pada kekerapan penggunaannya. Boleh jadi berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun barulah bateri berkenaan akan ditukar baru, kan? 

Lepas Diketuk Terus Boleh Guna Balik, Rupanya Ini ‘Rahsia’ Di Sebalik Remote TV
Gambar Sekadar Hiasan

Aliran arus tersekat kerana pembentukan lapisan 0ksida

Dek kerana bateri berada di dalamnya untuk tempoh jangka masa panjang, lapisan pengoksidaan akan terbentuk di antara spring terminal dan penghubung bateri. Oleh kerana lapisan 0ksida tersebut mempunyai ketahanan tinggi, ia menyebabkan current tidak boleh mengalir dengan lancar dan hal itulah yang membuatkan remote anda tidak berfungsi memandangkan voItannya terganggu. Jadi apabila diketuk atau digoncang, ia akan menyambung semula arus tersekat tadi.

Lepas Diketuk Terus Boleh Guna Balik, Rupanya Ini ‘Rahsia’ Di Sebalik Remote TV
Gambar Sekadar Hiasan

Pusingkan atau keluarkan bateri daripada remote…

Bukan sekadar mengetuk bahagian belakangnya, namun cara lain untuk membuatkan remote anda berfungsi semula adalah dengan memusingkan atau mengeluarkan bateri sebelum dimasukkan ke tempat asalnya. Lebih mengejutkan lagi, sebenarnya kaedah ini bukan digunakan untuk alat kawalan jauh sahaja. Malahan alat pembakar roti, bateri kereta mahupun mesin fotostat yang gagal berfungsi juga dibaiki menggunakan cara sama.

Sumber : Science ABC

Tags: BATERIFUNGSIketukREMOTETV
Next Post
Lepas Diketuk Terus Boleh Guna Balik, Rupanya Ini ‘Rahsia’ Di Sebalik Remote TV

[VIDEO] Pakwe Malas Tak Layan? Mungkin Mereka Sibuk Buat Benda Ini Tengah Malam

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)