Berita Semasa

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Sharing is caring!

Setakat semalam, jumlah kumulatif positif wabak COVID-19 di Malaysia telah mencecah lebih 700 orang dan bilangan tersebut dijangka semakin bertambah. Berdasarkan siasatan pihak Kementerian Kesihatan (KKM), peningkatan itu berkait rapat dengan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling pada hujung Februari lalu selain salah seorang pesertanya telah disahkan ajal pada kelmarin di Johor.

BACA: Balik Korea Join Ijtima’ Tabligh, Individu 136 Positif COVID-19 Dikritik Ramai

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Rakyat Malaysia sertai himpunan tabligh di Sulawesi

Difahamkan pula 6,000 peserta dari seluruh dunia bakal menyertai Program Ijtimak Dunia Zon Asia 2020 di Indonesia yang bakal berlangsung pada 19 hingga 22 Mac ini. Umpama sejarah berulang kembali, dukacitanya program berkenaan turut dilapor dihadiri oleh seramai 83 rakyat Malaysia yang sudah berada di wilayah Sulawesi bagi menyertai program tersebut.

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Acara disahkan batal demi bendung virus pandemik

Walau bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, acara berikut disahkan batal serta bakal ditangguh ke tarikh lain sebagai salah satu usaha untuk mengekang penularan virus pandemik berikut. Menerusi portal Harian Metro, perkara itu diputuskan hasil perbincangan antara pihak penganjur dengan tentera serta polis Indonesia yang sedang bekerjasama menguatkuasakan larangan terhadap sebarang perhimpunan orang ramai termasuklah aktiviti keagamaan. Jurucakap Tentera Nasional Indonesia iaitu Andi Simangaruka malah memberi jaminan bahawa proses kepulangan jemaah akan diatur sebaik mungkin agar mereka kembali dengan selamat termasuklah para peserta dari luar negara.

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Sumber: Harian Metro

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lepas ‘Dipujuk’ Tentera, Himpunan Tabligh Sulawesi 2020 Disahkan Batal

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram