Lelaki Curi Foto Di Twitter Siap Cipta Hubungan Fake, Gadis Dedah Kisah ‘Seram’

Tidak dinafikan, kewujudan media sosial pada masa kini memberikan kita pelbagai faedah. Bukan sahaja dapat mengetahui berita seluruh dunia, malahan kita sendiri boleh menambah senarai kawan baru di alam maya. Malangnya bagi sesetengah orang, platform itu digunakan dengan cara yang salah sehingga menyusahkan orang lain. Itulah penerangan yang tepat bagi menggambarkan nasib seorang gadis ini apabila gambarnya di Twitter dicuri oleh seorang pemuda tidak dikenali.

BACA : Bercinta Tapi Asyik Putus, Bila Berubat Baru Tahu Rupanya Ada Yang Menghantar

Siapa yang kenal ni, tolonglah tegur

Advertisement

Mula dikongsikan sejak 5 Januari lalu, kejadian itu ternyata mengejutkan ramai. Kata gadis yang juga dikenali dengan nama Sandra ini, dia terkejut kerana gambarnya ditemui pada sebuah akaun Instagram pemuda bernama Dediawan Rinto. Bukan sahaja gambar dan juga video, malahan pemuda itu berkongsikan pelbagai chat mesra kononnya mereka berdua menjalinkan hubungan secara jarak jauh (LDR). Hakikatnya, Sandra sendiri tidak pernah mengenali langsung apalagi bercinta dengannya.

Dia ambil foto di Twitter, upload di Instagram

Advertisement

Advertisement

Ada orang kat IG dm begitau pasal benda ni. Aku Cuba try buka profil rupanya dah kena hide. Jadi semua tak boleh tengok.

Aku pun tak faham apa yang dia cakap

Advertisement

Mujur saja ada seseorang yang mengesyaki kejadian aneh itu sebelum memaklumkan segera kepada Sandra. Apabila gadis ini berhubung dengan lelaki tadi, andaian bahawa semuanya akan selesai rupanya sangat meleset. Meskipun sudah ditegur secara baik, lelaki berkenaan terus ‘meroyan’ dan tetap menegaskan bahawa chat mesra yang dikongsikan menerusi Instagram adalah benar-benar milik buah hatinya dahulu. 

Advertisement

Sengaja buat supaya mantan berhenti cari saya

Akhirnya semua teka-teki terjawab. Lelaki berkenaan rupanya sengaja mereka-reka semua ‘fake relationship‘ berkenaan menggunakan nama Sandra demi kepentingannya sendiri. Dalam erti kata lain, Sandra sengaja ‘dicipta’ menjadi teman wanita barunya dengan tujuan menyakitkan hati ex-girlfriendnya.

Advertisement

Advertisement

Sumber : Twitter Sandra

Advertisement

Advertisement