Utama Viral Lebih 13,000 Retweet, Video 115 Pemuda 'Muncul' Dari Kolam Renang Curi Tumpuan!

Lebih 13,000 Retweet, Video 115 Pemuda ‘Muncul’ Dari Kolam Renang Curi Tumpuan!

Bagai menjadi adat biasa dalam meniti alam remaja, kita akan mempunyai ramai sahabat yang suka melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Tambah-tambah lagi buat golongan lelaki yang sudah berkumpul setempat, pasti ada saja benda yang mahu dibuat. Perkara tersebut amat sesuai menggambarkan sekumpulan remaja yang menjadi tular di Twitter baru-baru ini. Menghabiskan masa bersama di sebuah kolam renang, mereka semua telah menghasilkan sebuah video yang boleh dikatakan agak menarik juga!

BACA : Jenuh Ajar Tekan..-Nubhan Kongsi Video Detik Buntu Anak Terkunci Dalam Kereta

Mula dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Amal Hakimi, video berkenaan sudah meraih lebih 13,000 jumlah retweet dan 400,000 tontonan sejak beberapa hari lalu. Difahamkan, jumlah keseluruhan mereka adalah seramai 115 orang dan video berdurasi seminit lebih itu telah dihasilkan dengan sekali rakaman sahaja.




“Avengers Pool Challenge”

Sebenarnya, video secara rewind kononnya ada orang melompat keluar dari kolam renang ini merupakan sebuah challenge yang telah popular di luar negara terlebih dahulu. Setelah video terhasil, mereka dilihat muncul bagaikan barisan superhero yang ada dalam filem Avengers. Jika dilihat beberapa contoh video di bawah, masing-masing tampil dengan versi sendiri tidak kira gempak mahupun dengan adegan melucukan.

Aku sayang korang semua!




Di kebanyakan video, kurang daripada 10 orang yang akan terlibat dengan challenge tersebut. Namun berbeza dengan versi anak Malaysia ini, dia bawa sekampung pula pergi terjun dalam kolam tu kan? Penggunaan lagu juga sedikit berbeza berbanding video dari luar negara yang dilihat menggunakan lagu latar asal dari filem aksi berkenaan. Netizen juga nampaknya terhibur dengan video mereka dan sempat berseloroh di ruang komen.

Gila ramai…Aku ingat yang belakang tukang tengok je

Sumber : Twitter Amalyensem dan Facebook Emman Burgos Official

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI